90Days 2020
90Days 2020
previous arrow
next arrow
Slider

MICRO ICONMicro

Manufacturing - Sales turnover < RM300,000 OR Employees < 5

Services & Other Sectors - Sales turnover < RM300,000 OR Employees < 5

SMALL ICONSmall

Manufacturing - Sales turnover RM300,000 < RM15mil OR Employees: From 5 < 75

Services & Other Sectors - Sales turnover RM300,000 < RM3mil OR Employees: From 5 < 30

MEDIUM ICONMedium

Manufacturing - Sales turnover RM15mil ≤ RM50mil OR Employees: From 75 < 200

Services & Other Sectors - Sales turnover RM3mil ≤ RM20mil OR Employees: From 30 < 75

Upcoming Events

No upcoming events for the moment

JOHOR BAHRU: Kutipan Cukai Makmur, yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022 bukan menjadi satu isu yang boleh menghalang SME Bank untuk terus menyokong pembangunan usahawan pada tahun depan.

Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulannya, Mohammad Hardee Ibrahim, berkata kutipan cukai itu tidak akan menjejaskan perolehan bank berkenaan, sekali gus tidak menjejaskan sokongannya kepada usahawan.

"Kita tidak bimbang (dengan pelaksanaan kutipan Cukai Makmur). Kalau kena bayar cukai pun, sebagai bank yang dimiliki kerajaan, memang kita bayar dividen pada kerajaan pun.

"Jadi ia bukan satu isu atau kekangan untuk kita terus sokong usahawan," katanya pada sidang media selepas Program Jom XCESS SME Bank Wilayah Selatan, di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar.

Mohammad Hardee berkata demikian ketika ditanya sama ada kutipan Cukai Makmur yang dikenakan sekali sahaja itu pada tahun depan akan menjejaskan perolehan bank berkenaan serta keupayaannya untuk menawarkan lebih banyak pembiayaan pada masa depan.
 

Sejak penubuhannya, SME Bank meluluskan pembiayaan bernilai RM38 bilion kepada 20,543 usahawan kecil dan sederhana.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohammad Hardee berkata, menerusi dua cawangan di Pusat Wilayah Selatan, bank berkenaan mempunyai 512 orang pelanggan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM505.6 juta.

"Setakat September tahun ini, Pusat Wilayah Selatan SME Bank meluluskan pembiayaan bernilai RM255.3 juta kepada lebih 115 orang pelanggan. Pencapaian ini melebihi sasaran kelulusan untuk tahun ini iaitu RM200 juta (128 peratus) yang ditetapkan," katanya.

Melalui Program Jom XCESS, usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berpeluang mendapatkan pelbagai kemudahan pembiayaan dan program pembangunan usahawan yang disediakan SME Bank.

Secara keseluruhannya, hampir 800 orang usahawan menyertai program Jom XCESS yang diadakan di tiga lokasi sebelum ini, dengan SME Bank mencatatkan jumlah potensi untuk pembiayaan sebanyak RM139 juta. – BERNAMA

Source : Berita Harian Online, 7 November 2021

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
CONTACT US
Contact Us:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700