SME Bank Sandbox
SME Bank Sandbox
BFR_WebBm.jpg
BFR_WebBm.jpg
SME Bank Sandbox Competition 2023
SME Bank Sandbox Competition 2023
SEFS
SEFS
Assets Link
Assets Link
Fraud Awareness
Fraud Awareness
previous arrow
next arrow

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

KUALA LUMPUR: 22 Disember 2021 – SME Bank bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) melalui sumbangan bernilai RM20,000 kepada tabung bantuannya untuk membolehkan mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di kawasan Klang dibantu dengan secepat mungkin.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “SME Bank bertindak segera dengan menyediakan dua pasukan iaitu melalui kerjasama dengan IRM dan pasukan dalaman SME Bank ke kawasan Hulu Langat membantu kakitangan Bank dan orang awam yang terkesan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, “Sumbangan yang diberikan oleh SME Bank akan diagihkan kepada penduduk di Kg Perigi Nenas Pulau Indah, Bandar Bukit Raja Klang, Johan Setia, Kapar, Kg Jawa, Kg Delek, Sg Udang dan beberapa kawasan lain di Klang. Barang yang disediakan termasuk makanan asas basah dan kering, barang mandian untuk dewasa dan kanak-kanak serta tuala wanita.”

Selain itu, untuk membantu pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir ini, SME Bank meminta mereka berhubung dengan Pegawai Perhubungan masing-masing atau Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang bantuan atau pertanyaan berkaitan akaun pembiayaan.

KUALA LUMPUR: 19 Disember 2021 – Berikutan bencana banjir yang melanda negara ketika ini, semua pelanggan SME Bank yang terkesan akan diberi bantuan mengikut keperluan perniagaan masing-masing untuk menjadikan penyaluran bantuan yang lebih berkesan dapat ditawarkan.

Pelanggan-pelangan SME Bank boleh menghubungi Pegawai Perhubungan masing-masing untuk pertanyaan lanjut  berkenaan akaun pembiayaan anda dan yang berkaitan dengannya. Sebagai pilihan, anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sebelum ini SME Bank telah menawarkan pelbagai bantuan kepada pelanggannya melalui program PRIHATIN, PENJANA, PEMERKASA dan PEMULIH yang diumumkan oleh Kerajaan di samping pelbagai program dalaman SME Bank sendiri.

KUALA LUMPUR: 16 Disember 2021 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) hari ini melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi SME Bank 2020-2024 (SME Bank OACP) yang telah dibangunkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia. Inisiatif yang menyokong agenda antirasuah Kerajaan menerusi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan Pelan Antirasuah Organisasi Kementerian Pembangunan Usahawan dam Koperasi (MEDAC) ini merupakan komitmen SME Bank dalam memerangi jenayah rasuah dan salah laku integriti.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) YB Tan Sri Noh Haji Omar, sewaktu melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi SME Bank berkata, “MEDAC merupakan antara 27 badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan aspek integriti dan antirasuah menjadi tonggak utama dalam pengagihan dana-dana pembiayaan dan penganjuran program pembangunan usahawan.”

Tambah Tan Sri Noh, “Sebagai agensi peneraju bagi inisiatif 2.4.8 iaitu memberi penekanan kepada aspek integriti dan antirasuah dalam program pendidikan keusahawanan, adalah menjadi matlamat Kementerian untuk menyemarakkan budaya antirasuah di peringkat tertinggi sehingga ke agensi-agensi di bawahnya.”

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Selaras dengan arahan yang dinyatakan dalam NACP, SME Bank OACP telah dibangunkan berdasarkan inisiatif mandatori di bawah Strategi 2 NACP iaitu memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam.”

Aria menambah, “Dengan adanya SME Bank OACP ini, SME Bank juga akan mempertingkatkan aspek penilaian wajar (due diligence) dalam pelaksanaan setiap tugasan terutamanya dalam memproses dan memberi kelulusan permohonan yang dikemukakan oleh usahawan PKS. Selain meningkatkan kecekapan dan produktiviti, amalan baik ini juga akan memastikan tiada PKS yang tidak mendapat bantuan atau mendapat bantuan yang tidak setimpal.”

Berpandukan pelan ini, SME Bank akan mengambil tindakan menyeluruh dalam membangunkan sistem pengurusan antirasuah untuk menjadi sebuah organisasi yang bebas rasuah, berintegriti dan membudayakan tadbir urus yang baik. Pelan lima tahun SME Bank OACP ini mengandungi 22 pelan tindakan yang akan merangkumi lima bidang keutamaan iaitu perolehan, pentadbiran, operasi, integriti dan tadbir urus.

Pada ketika ini, SME Bank berada di peringkat pelaksanaan dan pemantauan terhadap inisiatif yang terdapat dalan SME Bank OACP. Pihak Bank juga sedang giat menjalankan inisiatif ke arah pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah atau lebih dikenali sebagai ABMS dan dijangka akan diperoleh pada penggal ketiga tahun 2022.

Majlis pelancaran SME Bank OACP ini telah dihadiri oleh YB Tan Sri Noh Hj. Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan YB Muslimin Yahaya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

KUALA LUMPUR: 4 Disember 2020 – Usahawan PKS di utara tanah air terus mendapat sokongan SME Bank apabila Pusat Wilayah Utaranya yang merangkumi dua cawangan iaitu Pusat Enterpris Seberang Jaya dan Pusat Enterpris Alor Setar, sehingga Oktober 2021, telah berjaya meluluskan pembiayaan bernilai RM174 juta kepada lebih 119 orang pelanggan. Pencapaian ini ialah 109 peratus melebihi sasaran kelulusan untuk tahun 2021 iaitu RM160 juta.

Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) YB Tan Sri Noh Haji Omar, sewaktu menghadiri Program Jom XCESS SME Bank Wilayah Utara berkata, “Selain bantuan pembiayaan, inisiatif khusus untuk memperkasakan usahawan sektor pelancongan turut membuahkan hasil apabila SME Bank telah meluluskan kemudahan PENJANA Tourism Fund (PTF) bernilai RM1.6 juta kepada 7 orang usahawan, yang terdiri daripada 6 buah syarikat dari Kedah dan sebuah syarikat di Pulau Pinang. Secara keseluruhannya, setakat Oktober 2021, 43 buah syarikat PKS telah menerima pembiayaan PTF daripada SME Bank bernilai RM8.8 juta.”

YB Tan Sri mengulas lanjut, “Sektor pelancongan antara sektor utama penyumbang kepada KDNK yang juga membawa limpahan kepada sektor lain dalam pembangunan ekonomi negara. Tahun 2020 menyaksikan aktiviti berkaitan pelancongan menyumbang 14% kepada KDNK Malaysia dan 23.1% guna tenaga negara. Langkah SME Bank serta agensi-agensi lain untuk turun padang bagi mendekati usahawan sektor ini melalui Program Jom XCESS SME Bank amat penting agar bantuan dapat disalurkan secara tepat, menyeluruh dan memenuhi keperluan perniagaan mereka terutamanya pada waktu kritikal ini.”

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Platform Jom XCESS memberi peluang kepada kami untuk berhubung, berbincang dan menawarkan bantuan kepada lebih ramai usahawan PKS. Secara keseluruhannya, hampir 1,900 orang usahawan telah menyertai program ini baik secara fizikal atau dalam talian dan jumlah potensi untuk pembiayaan adalah hampir RM166 juta.”

Tambah Aria, “Bagi kemudahan PTF, SME Bank menyediakan peruntukan pembiayaan sebanyak RM50 juta untuk pembiayaan modal kerja, pembelian aset dan juga untuk pembelian mesin. Pembiayaan maksimum adalah sehingga RM300 ribu dan mendapat jaminan sebanyak 80% daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).”

“Selain bantuan PTF, SME Bank turut menawarkan pelbagai kemudahan pembiayaan lain yang bersesuaian dengan keperluan usahawan di utara. Bagi bantuan SRP PEMULIH pula, pelanggan kami dalam sektor pelancongan dan pengangkutan awam yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, terus dibantu melalui SRP PEMULIH Fasa 2, dengan lanjutan moratorium selama 12 bulan iaitu dari Oktober 2021 sehingga September 2022 dan lanjutan tempoh pembiayaan asal sehingga 36 bulan.  Secara keseluruhannya, SME Bank telah menawarkan SRP PEMULIH bermula seawal Julai 2021 dan bantuan bersasar ini telah ditawarkan kepada 2,753 orang usahawan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM4.87 bilion,” tambah Aria.

SME Bank turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Biforst Logistics Sdn. Bhd, syarikat logistik terbesar di Malaysia semasa program Jom XCESS SME Bank Wilayah Utara. Usaha sama ini melihat kedua-dua belah pihak akan bekerjasama bagi membangunkan pakej pembiayaan yang komprehensif untuk usahawan PKS yang terlibat dalam ekosistem logistik.

Siri Program Jom XCESS yang terakhir untuk tahun ini adalah di Wilayah Tengah yang dijangka akan diadakan di pertengahan bulan Disember. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi SME Bank www.smebank.com.my.

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700