SME Bank Sandbox
SME Bank Sandbox
BFR_WebBm.jpg
BFR_WebBm.jpg
SME Bank Sandbox Competition 2023
SME Bank Sandbox Competition 2023
SEFS
SEFS
Assets Link
Assets Link
Fraud Awareness
Fraud Awareness
previous arrow
next arrow

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

Kuala Lumpur: 21 Disember 2022 – Program Keusahawanan Asnaf SME Bank atau ISHRAF 2.0 telah menunjukkan hasil apabila 79 orang peserta berjaya meraih jualan terkumpul RM3.6 juta sehingga suku ketiga 2022. Program ISHRAF 2.0 bermula pada November 2021 adalah kesinambungan ISHRAF 1.0 bertujuan meningkatkan taraf hidup peniaga Asnaf dan mikro yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick berkata, “Melihat kepada pencapaian yang memberangsangkan ini, KUSKOP menyokong penuh inisiatif seperti Program ISHRAF 2.0 dan menggesa agensi-agensinya untuk terus menganjurkan program seumpama ini agar perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) boleh terus aktif menjana semula ekonomi negara. Program ISHRAF 2.0 anjuran SME Bank bukan sahaja memberi peluang untuk usahawan Asnaf dan mikro malah mengubah sosioekonomi golongan Asnaf di Malaysia.”

Tambah Datuk Ewon, “Langkah SME Bank bekerjsama dengan agensi kerajaan yang lain adalah satu langkah yang efisien dalam kita berkongsi sumber dan mengurus dana. SME Bank telah memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM600,000.00 manakala rakan strategiknya, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)  dan SME Corporation Malaysia (SME Corp.) masing-masing telah memperuntukkan dana sebanyak RM284,400.00 dan RM190,000.00 setiap organisasi. Penambahan dana ini membolehkan program ini memanfaatkan lebih ramai usahawan Asnaf di enam buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berbanding edisi ISHRAF 1.0 yang hanya memberi fokus di Selangor sahaja.”

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail mengulas, “Lima peserta terbaik Program ISHRAF 2.0 telah mencatatkan purata jualan sebanyak RM22,000.00 sebulan. Secara keseluruhannya, peserta-peserta telah mencatatkan peningkatan jualan yang positif sejak menyertai Program ISHRAF 2.0 dengan purata jualan sebanyak RM5,100.00 sebulan berbanding RM3,300.00 sebulan sebelum ini”

Datuk Wira Aria berkata, “Bagi memastikan Program ISHRAF 2.0 meninggalkan impak jangka panjang, pihak Bank telah menetapkan empat penunjuk prestasi utama (KPI) iaitu peningkatan hasil jualan, jumlah pekerja, adaptasi teknologi dan penambahbaikan pasaran atau produk baharu.”

“Kami mahu peserta mencapai empat KPI ini kerana ini adalah penunjuk yang digunakan oleh usahawan sebenar di luar sana dalam mengukur tahap pencapaian perniagaan mereka. Oleh itu, kami berharap peserta Program ISHRAF 2.0 dapat menerapkan KPI sebegini dalam pengurusan perniagaan agar mereka dapat keluar daripada status Asnaf dan mampu mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi,” tambah Datuk Wira Aria.

Antara contoh kejayaan peserta Program ISHRAF 2.0 ialah Shazzuan Shah Mohd Salleh, yang berjaya meningkatkan purata jualan hampir 147% iaitu sebanyak RM17,000.00 sebulan berbanding RM6,900.00 sebelum menyertai program ini. Dengan menggunakan suntikan modal Program ISHRAF 2.0 sebanyak RM10,000.00, beliau telah berpindah ke lokasi yang lebih strategik serta memperluaskan pasaran jualan melalui aplikasi digital sekali gus meningkatkan hasil jualan.

Penganjuran ISHRAF 2.0 adalah seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Matlamat pertama tiada kemiskinan, Matlamat ke-8 mencipta pekerjaan yang sesuai dan pertumbuhan ekonomi serta Matlamat ke-10 mengurangkan ketidaksamarataan di dalam negara dan dalam kalangan negara. Inisiatif serampang dua mata ini juga tertakluk di bawah Pelan Hala Tuju Kemampanan Tiga Tahun 2021-2023 SME Bank yang menerapkan aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi SME Bank.

Kesemua peserta ISHRAF 2.0 telah menghadiri program latihan keusahawanan tiga hari dua malam serta menjalani tiga sesi bimbingan perniagaan secara bersemuka dengan pembimbing keusahawanan sepanjang tempoh program ISHRAF 2.0 berlangsung. Antara topik yang dipelajari oleh para peserta termasuklah penyediaan pelan/model perniagaan, pemasaran digital dan pengurusan kewangan yang dikelolakan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), anak syarikat milik penuh SME Bank.

Penganjuran Program ISHRAF edisi pertama telah meraih Anugerah Merit bagi Projek Pembangunan Terbaik daripada Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific (ADFIAP) pada tahun 2021. Untuk maklumat lanjut tentang Program ISHRAF dan pelbagai program pembangunan usahawan SME Bank yang lain, sila layari laman web rasmi www.smebank.com.my, Facebook SME Bank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-26037700.

KUALA LUMPUR, 11 November 2022 – Semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini sebanyak 25 mata asas menjadi 2.75 peratus pada 3 November 2022 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah perlu bagi memastikan negara dapat menguruskan tekanan inflasi dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “Selaras dengan perkembangan global, peningkatan OPR menandakan penekanan BNM terhadap data dan pemahaman landskap ekonomi domestik dalam memutuskan semakan menaik bagi OPR. Keputusan itu disokong oleh permintaan domestik negara yang kukuh, perbelanjaan isi rumah yang sihat disokong oleh keadaan pasaran buruh yang bertambah baik dan prospek pendapatan serta peningkatan ketibaan pelancong.”

Datuk Wira Aria menambah, “Keputusan untuk menaikkan kadar OPR secara beransur-ansur akan mengelakkan serangan turun naik yang semakin meningkat akibat daripada pasaran kewangan dan pertukaran asing global selain kita mengharungi cabaran luar yang merangkumi kemungkinan pertumbuhan global yang lebih perlahan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada September tahun ini melaporkan inflasi negara berada pada paras 4.5 peratus (Ogos: 4.7 peratus terutamanya disebabkan oleh inflasi makanan yang meningkat pada kadar perlahan 6.8 peratus berbanding 7.2 peratus sebulan lalu). ”

Ketua Pakar Ekonomi SME Bank, Lynette Lee,  berkata, “Aktiviti ekonomi Malaysia terus mengukuh pada suku ketiga, didorong oleh permintaan domestik yang teguh. Walaupun inflasi utama berkemungkinan telah memuncak pada S3 2022, ia dijangka menjadi sederhana dan kekal tinggi menjelang 2023. Memandangkan berlakunya tekanan terhadap permintaan dan kos, unjuran inflasi lebih condong kepada peningkatan tetapi tertakluk kepada perkembangan harga komoditi global dan dasar subsidi domestik. Kami menjangkakan BNM akan menyelaraskan lagi tahap akomodasi monetari pada awal 2023 secara beransur-ansur, untuk mengimbangi risiko antara inflasi domestik dan pertumbuhan yang mampan.”

Pelanggan SME Bank digalakkan untuk berkomunikasi secara langsung dengan Pengurus Perhubungan masing-masing untuk isu-isu berkaitan pembiayaan mereka. Sebagai alternatif, mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-26037700 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sembilan buah syarikat Malaysia dalam industri minyak dan gas (O&G) yang merupakan peserta Business Exports Programme (BEP) SME Bank dan Program Pembangunan Kapasiti & Keupayaan Vendor (PPKV) telah mengambil bahagian dalam Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi sempena Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2022 dari 30 Oktober hingga 4 November.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira Aria Putera Ismail berkata, terdapat keperluan segera untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan berkembang dan menjadikan kehadiran mereka dirasai di peringkat global memandangkan asas ekonomi Malaysia kini bertambah baik.

“BEP dan PPKV adalah platform terbaik untuk mereka merebut peluang dan meluaskan rangkaian pasaran. Melihat kepada kesan positif prestasi eksport PKS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan dana bernilai RM9.5 juta untuk pelaksanaan BEP dan RM5.48 juta untuk pelaksanaan PPKV,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim yang mengetuai misi ke Abu Dhabi mengulas, matlamat BEP adalah untuk memupuk dan membangunkan lebih ramai pengeksport Bumiputera antara tahun 2020 hingga 2025.

“SME Bank menyasarkan 47 buah syarikat untuk memasuki pasaran baharu atau mengembangkan pasaran sedia ada dan merekodkan jualan eksport tambahan.

“Manakala bagi PPKV, matlamatnya adalah untuk meningkatkan penglibatan syarikat vendor dalam pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa melalui akreditasi dan pensijilan serta memastikan syarikat vendor lebih berdaya saing dan berdaya tahan serta didorong oleh penggunaan teknologi,” ujarnya.

Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Abu Dhabi adalah kerjasama antara SME Bank, KUSKOP dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

-NIAGATIMES

KUALA LUMPUR, 7 November 2022 – Usaha SME Bank dalam memupuk dan membangunkan PKS telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila ia merangkul dua (2) anugerah iaitu Pemenang Kategori Pembangunan PKS untuk program SME Bank XCESS dan Kategori Pembangunan Perdagangan untuk program eCOACH DUBAI pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Institusi Pembiayaan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) ke-45 yang diadakan di Manila, Filipina dari 26-27 Oktober 2022.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “SME Bank XCESS ialah program utama SME Bank yang memenuhi peranannya sebagai Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang bukan sahaja menyediakan pembiayaan tetapi juga melaksanakan pelbagai inisiatif yang melangkaui pembiayaan dan menjadi saluran untuk PKS mendapatkan sumber/padanan bagi rangkaian perniagaan bernilai tinggi dan berhubung dengan penyedia pembiayaan perniagaan yang dikenal pasti. XCESS diletakkan sebagai inisiatif utama Bank SME dalam menyokong usaha Kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan pemulihan dan pembangunan sektor PKS. Sebanyak RM190 juta permohonan pembiayaan telah diterima semasa program tersebut diadakan. Sebanyak 538 sesi pitching juga telah dijalankan antara PKS dan syarikat Anchor yang mengambil bahagian. Mengambil pendekatan hibrid, SME Bank XCESS 2021 yang merupakan acara tahunan kami sejak 2016 adalah satu kejayaan dan ianya telah menarik minat 6161 peserta semasa program sehari ini.”

Datuk Wira Aria menambah, “Melalui Ekspo Dubai 2020, anak syarikat milik penuh SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) telah diberi tanggungjawab untuk melatih 19 syarikat dengan sasaran mencapai pelaburan bernilai RM50 juta. Delegasi perdagangan tersebut telah melepasi sasaran dan menerima pelaburan bernilai RM100 juta berikutan penglibatan agresif dan berterusan yang dijalankan sebelum Ekspo Dubai 2020.” 

Tema Mesyuarat Tahunan ADFIAP ke-45 untuk tahun ini ialah, “Menjawab Isu dan Kecenderungan Global: Peranan Strategik DFI,”. Tema tersebut dipilih untuk menyerlahkan keperluan institusi kewangan pembangunan (DFI) di peringkat global untuk membantu bidang ekonomi yang utama, strategik dan kurang mendapat perkhidmatan dengan bantuan kepimpinan, kewangan dan teknikal. Dengan perubahan demografi, pasaran, teknologi, rejim kawal selia dan wabak, DFI berada di barisan hadapan dalam mengurus cabaran dan mencipta peluang.

ADFIAP ialah sebuah platform untuk pembangunan dan institusi PKS yang terlibat dalam pembiayaan pembangunan di rantau Asia-Pasifik. ADFIAP yang diasaskan pada 1976 kini mempunyai 90 institusi ahli di 38 negara dengan misi untuk memajukan pembangunan mampan. ADFIAP juga merupakan ahli pengasas Persekutuan Institusi Pembiayaan Pembangunan Dunia yang terdiri daripada persatuan serantau dari Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Timur Tengah. ADFIAP juga merupakan sebuah NGO dalam status perundingan dengan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sekretariat tetap ADFIAP berpangkalan di Makati City, Metro Manila, Filipina.

 

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700