previous arrow
next arrow
Slider

MICRO ICONMikro

Pembuatan - Jualan Tahunan < RM300,000 ATAU Pekerja < 5

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 ATAU Pekerja < 5

SMALL ICONKecil

Pembuatan - Jualan Tahunan RM300,000 < RM15 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 75

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM300,000 < RM3 juta ATAU Pekerja Dari 5 hingga < 30

MEDIUM ICONSederhana

Pembuatan - Jualan Tahunan RM15 juta ≤ RM50 juta ATAU Pekerja Dari 75 hingga < 200

Perkhidmatan & Sektor Lain - Jualan Tahunan RM3 juta ≤ RM20 juta ATAU Pekerja Dari 30 hingga < 75

Acara Akan Datang

Tiada acara buat masa ini. 

Kumpulan SME Bank menyokong usaha pencegahan rasuah Kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mengukuhkan tadbir urus korporat dan secara berterusan menerapkan piawaian tertinggi dalam amalan perniagaan yang telus. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, kami secara konsisten meningkatkan polisi dalaman sedia ada, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia. Dokumen polisi ini tertakluk kepada pengubahsuaian dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah demi kepentingan terbaik Kumpulan SME Bank, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Muat Turun

Kod Tatacara Vendor menetapkan satu set piawaian bagi perniagaan dan amalan etika, dan tingkah laku profesional yang diharapkan daripada semua vendor/kontraktor/pembekal perkhidmatan yang bekerja dengan Kumpulan SME Bank.

Muat Turun

Muat Turun Borang Deklarasi Kod Tatacara Vendor

Pendirian Kumpulan SME Bank adalah untuk memastikan kami terus menyediakan persekitaran kerja yang selamat, adil dan jujur.

Selaras dengan itu, kakitangan Bank dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat salah laku di Kumpulan SME Bank mempunyai kewajipan untuk tampil ke hadapan dan SPEAK UP!.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan kelakuan tidak wajar yang dilakukan dalam SME Bank, sila laporkan kepada kami.

Klik sini untuk melengkapkan “Borang Whistleblowing”. Anda boleh menyerahkan borang pendedahan yang lengkap melalui saluran berikut:

Telefon

Untuk melaporkan sebarang salah laku melalui telefon, sila dail +603-2615 2087 / 3266.

Jika Ketua Jabatan Integriti & Tadbir Urus tidak dapat dihubungi atau panggilan diterima selepas waktu bekerja/semasa cuti am, panggilan anda akan dijawab oleh sistem pesanan suara automatik.

Anda tidak akan diminta / dipaksa untuk mendedahkan identiti anda melainkan anda memilih untuk berbuat demikian.

Emel

Anda boleh menghantar emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Anda perlu memasukkan sebanyak mungkin maklumat tentang salah laku yang disyaki dalam e-mel tersebut. Untuk mengekalkan kerahsiaan anda, sebaiknya gunakan e-mel bukan berkaitan kerja untuk membuat sebarang pendedahan.

Pos

Anda boleh menghantar surat ke alamat:

Untuk Perhatian: SME Bank Speak Up
Peti Surat Berkunci No 2
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

 

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Chief Integrity & Governance Officer

Jabatan Integriti & Tadbir Urus
Bahagian Pematuhan Kumpulan
Kumpulan SME Bank
Tingkat 21, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW
custom_html
HUBUNGI KAMI
Hubungi Kami:
Menara SME Bank,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2603 7700