‘Y-Biz Challenge’ diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2012 oleh SME Bank dengan kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dari The Association of Development Financing Institutions in Asia and Pacific (ADFIAP) dengan Plaque of Merit di bawah kategori Tanggungjawab Sosial Korporat pada tahun 2013.
Pertandingan Y-Biz Challenge menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM91,000.00 dalam bentuk tunai. Selain itu, pemenang juga menerima trofi, sijil penyertaan dan juara akan membawa pulang Piala Pusingan SME Bank Y-Biz Challenge dan hadiah khas tiket penerbangan berjumlah RM25,000.00 bagi menyertai mana-mana pertandingan di luar negara.
Pertandingan ini dibuka kepada sekolah - sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pada pusingan awal, peserta akan dinilai berdasarkan kertas cadangan projek mereka. Kumpulan yang terpilih untuk pusingan separuh akhir akan diberi wang modal untuk menghasilkan prototaip produk atau perkhidmatan yang dicipta. Sesi boot camp juga akan diadakan semasa pusingan separuh akhir untuk mendedahkan para pelajar kepada keusahawanan, kemahiran kepimpinan, pengucapan umum dan kreativiti dan inovasi. Pemenang akan diadili berdasarkan pengkomersilan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan dan ciri inovasi dan kreativiti dalam rekabentuk, pembungkusan dan ergonomik.
Di sepanjang tempoh pertandingan, SME Bank akan berkongsi ilmu/ maklumat berkenaan keusahawanan sebagai panduan kepada para peserta melalui laman web: www.yoursuccessourstory.com.
Senarai Pemenang :
Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga |
![]() |
![]() |
![]() |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Rawang, Selangor | Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah 1, Terengganu | Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Sabah |
Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga |
![]() |
![]() |
![]() |
Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah | Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis | Madrasah Idrisiah, Perak |
Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga |
![]() |
![]() |
![]() |
SM Sains Hulu Selangor | SMK Maran, Pahang | Kolej Vokasional ERT Setapak |
SME Bank telah memperkenalkan dua program berbentuk pertandingan yang berprestij iaitu Program Inovasi Usahawan Muda – ‘SME Bank Y-Biz Challenge’ untuk pelajar sekolah menengah dan Program Usahawan Muda – ‘SME Bank 90-Days Business Challenge’ untuk pelajar Kolej Komuniti di seluruh negara. Pertandingan ini merupakan ‘Signature Event’ di bawah program tanggungjawab korporat SME Bank. Program ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, memupuk minat untuk bakal usahawan dan menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan belia.
Diperkenalkan pada tahun 2015, SME Bank 90-Days Business Challenge ialah sebuah pertandingan keusahawanan, khusus buat pelajar Kolej Komuniti yang sedang mengikuti Program Inkubator Keusahawanan. Pertandingan ini dianjurkan secara bergilir dengan SME Bank Y-Biz Challenge. Juga dikenali sebagai 90-Days Biz Challenge, pertandingan ini adalah sebuah platform untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti melatih diri mengenai keusahawanan dan pada masa yang sama belajar tentang keusahawanan di kolej mereka.
Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar perlu menubuhkan sebuah syarikat dan menjalankan perniagaan yang bersesuaian. Finalis pertandingan ini akan mengikuti sesi boot camp untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang keusahawanan. Semasa sesi boot camp, Centre for Entrepreneur Research and Development Sdn. Bhd. (CEDAR), sebuah anak syarikat milik penuh SME Bank, akan memberikan taklimat dan bengkel keusahawanan sebagai bimbingan untuk pelajar dalam menghasilkan kertas kerja mereka. Mereka juga akan didedahkan kepada kemahiran kepimpinan, ceramah motivasi dan pengucapan umum untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Finalis pertandingan akan diberi wang modal untuk mereka menjalankan perniagaan mereka.
Pemenang pertandingan akan dipilih berdasarkan kejayaan dan keuntungan perniagaan mereka. Kesemua peserta secara automatiknya akan diserap sebagai Alumni SME Bank 90-Days Challenge.
90-Days Biz Challenge menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.00 dalam bentuk tunai. Selain dari itu, pemenang juga akan menerima trofi, sijil penyertaan dan juara akan membawa pulang Piala Pusingan SME Bank 90-Days Biz Challenge.
Senarai Pemenang :
Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga |
![]() |
![]() |
![]() |
Kolej Komuniti Tawau, Sabah | Kolej Komuniti Kuching, Sarawak | Kolej Komuniti Sik, Kedah |
Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga |
![]() |
![]() |
![]() |
Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang | Kolej Komuniti Sandakan, Sabah | Kolej Komuniti Selandar, Melaka |