Perbendaharaan
Perbendaharaan menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif dan khidmat nasihat strategik untuk aktiviti pelaburan Pendapatan Tetap dan Pasaran Wang Korporat dan Institusi Kewangan. Para peniaga kewangan berlesen kami yang profesional dan berpengalaman sentiasa berbincang dengan pelanggan untuk mendapatkan pemahaman mengenai objektif pelaburan dan toleransi risiko yang pelanggan sanggup terima.
Mereka juga bertanggungjawab menentukan risiko dalam pasaran kewangan berada di tahap yang minimum. Perlu ditekan di sini bahawa semua produk dan perkhidmatan SME Bank adalah mematuhi Syariah.
Pasaran Wang & Antara Bank
Pastikan wang anda bekerja keras untuk anda melalui kami. Produk deposit kami termasuk Komoditi Murabahah adalah mematuhi Syariah dan antara yang paling kompetitif di pasaran. Kami menerima peletakan dari tempoh sehari hingga setahun bergantung kepada keperluan pelanggan dan pelaburan.
Pelaburan Pendapatan Tetap
Pelaburan SME Bank dalam pasaran pendapatan tetap diuruskan oleh jabatan Perbendaharaan. Pasukan Pendapatan Tetap kami secara aktif mencari peluang pelaburan berlandaskan syarat pelaburan yang ditetapkan oleh pihak Bank.
SME Bank melabur dalam pasaran Sukuk Malaysia dan memastikan ia mematuhi prinsip Syariah. Antara pelaburan yang SME Bank turut serta ialah Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan terbitan korporat yang mematuhi profil dan objektif pelaburan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian +603 2600 8888 (Perbendaharaan) atau emel kepada SMEBankTreasury&Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.