SME Bank telah memperkenalkan dua program berbentuk pertandingan yang berprestij iaitu Program Inovasi Usahawan Muda – ‘SME Bank Y-Biz Challenge’ untuk pelajar sekolah menengah dan Program Usahawan Muda – ‘SME Bank 90-Days Business Challenge’ untuk pelajar Kolej Komuniti di seluruh negara. Pertandingan ini merupakan ‘Signature Event’ di bawah program tanggungjawab korporat SME Bank. Program ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, memupuk minat untuk bakal usahawan dan menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan belia.