S1: Produk apakah yang ditawarkan oleh SME Bank?
SME Bank menawarkan berbagai produk khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana termasuk Pembiayaan Perniagaan untuk modal kerja dan aset, Pembiayaan Kontrak dan Skim Pembiayaan Premis Perniagaan.
S2: Apakah klasifikasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?
PKS diklasifikasikan mengikut definisi Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan ke atas saiz perniagaan PKS, iaitu mikro, kecil dan sederhana.
S3: Bagaimana cara untuk saya memohon pembiayaan perniagaan?
Untuk maklumat lebih lanjut tentang permohonan pembiayaan perniagaan, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan kami di 03-2603 7700 semasa waktu pejabat atau melawat Cawangan kami yang berdekatan.
S4: SME Bank menawarkan pembiayaan yang berlandaskan Shariah sepenuhnya. Secara amnya, bagaimanakah pembiayaan ini berbeza dengan cara pembiayaan konvensional ?
Pembiayaan Islamik tidak memberi pembiayaan yang berkonsepkan keuntungan, tetapi ia memberikan pembiayaan yang berlandaskan lunas-lunas Shariah kepada usahawan yang memerlukan untuk perniagaan mereka.
S5: Kami mempunyai projek yang memerlukan pembiayaan di Melaka. Adakah kami perlu menghantar permohonan pembiayaan kami ke Ibu Pejabat SME Bank di Kuala Lumpur atau ke pejabat cawangan SME Bank di Melaka untuk pemprosesan?
Untuk kemudahan urusan, permohonan perlu dihantar ke pejabat cawangan untuk pemprosesan. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu pejabat pemohon terletak di Kuala Lumpur manakala projek adalah di negeri lain, permohonan tersebut boleh dihantar ke Ibu Pejabat SME Bank di Kuala Lumpur.
S6: Saya menjalankan perniagaan di luar negara. Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan perniagaan saya di sana?
SME Bank ialah institusi kewangan pembangunan yang diberi mandat untuk memupuk dan memenuhi keperluan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milik rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, SME Bank tidak membiayai syarikat yang menjalankan perniagaan di luar negara.
S7: Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan perniagaan?
Klik sini untuk senarai dokumen yang diperlukan.
S8: Berapakah jumlah cawangan SME Bank?
Setakat ini SME Bank mempunyai 27 cawangan di setiap negeri di Malaysia. Anda boleh dapatkan alamat cawangan yang berkaitan di sini.
S9: Apakah waktu perniagaan SME Bank?
Waktu perniaagaan kami adalah seperti berikut :
Isnin hingga Khamis : 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Waktu rehat : 1:00 hingga 2:00 petang.
Jumaat : 8:30 pagi hingga 4:45 petang.
Waktu rehat: 12:30 tengahari hingga 2:45 petang.
Ditutup semasa waktu rehat.
Waktu operasi di atas berbeza mengikut cawangan kami di negeri Kelantan dan Terengganu
S10: Bagaimana saya boleh memberi maklum balas terhadap perkhidmatan SME Bank?
Untuk sebarang pertanyaan, maklum balas atau cadangan, anda boleh hubungi kami melalui saluran berikut:-
Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan | 03-2603 7700 |
Emel | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Borang Maklum Balas Pelanggan | Pusat Enterpris SME Bank di seluruh negara. |
Surat |
SME Bank |