SME Bank

Program Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor (PPKV) bertujuan untuk membantu meningkatkan kapasiti & keupayaan syarikat vendor Bumiputera agar lebih berdaya saing, mampan dan berdaya tahan.

Objektif
  • Meningkatkan kapasiti syarikat vendor Bumiputera agar lebih cekap, produktif dan didorong teknologi.
  • Melengkapkan syarikat vendor Bumiputera dengan akreditasi dan pensijilan antarabangsa untuk menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.
Kumpulan Sasaran
  • Geran ini terbuka kepada syarikat vendor Bumiputera yang berdaftar dengan syarikat amchor di bawah Vendor Development Programme (VDP), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
  • Dana untuk geran ini adalah sehingga 90% daripada jumlah kos atau maksimum RM200,000, mana yang terendah.
Kriteria Vendor
  • Vendor berdaftar dengan syarikat anchor di bawah VDP, MEDAC.
  • Mematuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan PPV Nasional.
  • Syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan PPKV sehingga selesai.
  • Syarikat solven dan tiada tindakan undang-undang yang dikenakan keatas syarikat, atau pengarah/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/ penjamin dibawah undang-undang Malaysia.
  • Mendapat pengiktirafan / surat sokongan dari syarikat Anchor.
Ciri-Ciri Program
  • Geran sehingga RM200,000 untuk setiap vendor dengan padanan geran 90% : 10%.
  • Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022 atau sehingga dana digunakan sepenuhnya (mana terdahulu).
Skop Program
  • Pembangunan kapasiti
  • Standard dan akreditasi
  • Program Pembangunan Modal Insan.
  • Pemindahan teknologi.
  • Menaik taraf sistem sedia ada dan pembelian mesin/peralatan.
Cara Memohon

Borang Permohonan

Lengkapkan Borang Permohonan di atas dan hantar beserta dokumen sokongan kepada alamat berikut:

Customized Program
Aras 6, Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
(u/p : Yuszairi Ibrahim)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami berikut:

Yuszairi Ibrahim
03-2616 7464
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Rosmah Daud
03-2616 7435
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Fazliana Abd Aziz
03-2615 3860
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.