IBS 2.0 menyediakan bantuan kewangan untuk menyokong kontraktor sehingga G7, pengeluar dan pemasang Industrial Building System (IBS) yang layak dan telah dianugerahkan projek IBS yang diperakui atau memiliki pensijilan IBS daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Tujuan
  • Pemerolehan kilang (termasuk tanah).
  • Loji / Mesin / Peralatan (termasuk kos pemasangan).
  • Pengubahsuaian loji dan kilang.
  • Keperluan Modal Kerja termasuk pembiayaan yuran jaminan, dokumentasi dan yuran duti setem serta sumbangan Takaful (jika berkenaan).
Kelayakan
  • Perusahaan bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp.
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Kontraktor, pengilang dan pemasang yang dianugerahkan projek IBS yang diperakui atau memperoleh Sijil IBS daripada CIDB.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
  • Entiti perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 51% rakyat Malaysia.
Fasiliti Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah (CMTF-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
Had Pembiayaan
  • Minimum : RM500,000
  • Maksimum : RM10,000,000
Kadar Keuntungan
 Tahun 1 - Tahun 7  Tahun 8 - Tahun 10
 KPA + 0.0% setahun (selepas subsidi 1.5%) KPA + 1.5% setahun

 

Margin Pembiayaan
  • Modal Kerja : Sehingga 100%
  • Pembelian Kilang (termasuk tanah) : Sehingga 90%
  • Kos Pengubahsuaian Loji dan Kilang : Sehingga 90% 
  • Pembelian Loji, Perkakasan & Peralatan (termasuk kos pemasangan)
    • Baru: Sehingga 90% 
    • Terpakai / Diperbaharui / Penyesuaian Semula : Sehingga 80%
Tempoh Pembiayaan
  • Modal Kerja : Sehingga 5 tahun
  • Pembelian Kilang (termasuk tanah) : Sehingga 15 tahun
  • Kos Pengubahsuaian Loji dan Kilang : Sehingga 7 tahun
  • Pembelian Loji, Perkakasan & Peralatan (termasuk kos pemasangan)
    • Baru: Sehingga 7 tahun
    • Terpakai / Diperbaharui / Penyesuaian Semula : Sehingga 5 tahun
Cagaran
  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank. 
  • Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan
  • Untuk margin pembiayaan yang lebih tinggi, perlindungan jaminan minimum 70% diperlukan daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau  operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Caj

Klik untuk Fi & Caj

Maklumat Lembaran Produk