SME Bank

Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan bagi menggalakkan dan menyokong PKS untuk menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.

Tujuan
  • Perbelanjaan modal
  • Modal kerja
Kelayakan

PKS dalam semua sektor yang komited untuk beralih ke arah operasi perniagaan rendah karbon dan lestari seperti berikut:

  • Pembelian / penggunaan / penyewaan / penyelengaraan premis / peralatan / loji dan mesin yang telah diperakui sebagai hijau dan lestari termasuk peralatan tenaga, penerimaan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi pengurusan sisa;
  • Pembelian bahan-bahan kelestarian yang diperakui;
  • Pelantikan perunding selaku penasihat untuk perbelanjaan untuk transformasi terhadap perniagaan lestari;
  • Perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan kelestarian;
  • Latihan berkaitan kelestarian seperti perakaunan karbon, laporan kelestarian dsb.

Nota:

Terbuka kepada PKS yang layak yang diklasifikasikan sebagai ‘Sokongan Iklim (C1)’ atau Peralihan (C2 & C3) seperti di dalam Polisi ESG untuk Aktiviti Berkaitan Pembiayaan dan Perbendaharaan SME Bank.  

Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
Had Pembiayaan
  • Sehingga RM10.0 juta bagi setiap PKS. 
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
Kadar Pembiayaan
  • Sehingga 5.0 % setahun (termasuk yuran jaminan)
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 100%
Cagaran
  • Tiada cagaran akan dikenakan.
  • Perlindungan jaminan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) adalah diperlukan bagi pembiayaan ini.
  • Jaminan peribadi/ jaminan bersama dan berasingan.
Takaful
  • Perlindungan takaful/ insurans adalah wajib jika aset yang dibiayai dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada).
  • Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Cas

Klik untuk Fi & Cas

Lembaran Pendedahan Produk

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700.