MySMEBina adalah sebuah program pembiayaan untuk projek pembinaan dan infrastruktur yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta anak syarikatnya.
Tujuan
- Modal Kerja
- Jaminan Bank
Kelayakan
- PKS dengan rekod kredit yang baik.
- Memperoleh kontrak pembinaan, sivil, mekanikal, kejuruteraan, landskap dan lain-lain kontrak
- Pemberi kontrak hendaklah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi-agensi Kerajaan,Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta anak-anak syarikatnya.
- Tempoh kontrak tidak melebihi 18 bulan
Konsep Pembiayaan
- Kredit Pusingan-i
- Jaminan Bank Kafalah (KBG)
Margin Pembiayaan
- Kredit Pusingan: Sehingga 100% daripada kos kontrak
- Jaminan Bank : Seperti yang diperlukan oleh pemberi kontrak
Had Pembiayaan
- Sehingga RM1 juta
Tempoh Pembiayaan
- Kredit Pusingan: Sehingga 18 bulan
- Jaminan Bank : Seperti yang diperlukan oleh pemberi kontrak
Kadar Pembiayaan
- Kredit Pusingan : 1.5% sebulan
- Jaminan Bank : 0.125% sebulan
Cagaran
- 5% cagaran tunai untuk jumlah pembiayaan modal kerja yang diluluskan.
- 20% cagaran tunai untuk Jaminan Bank Kafalah.
- Penyerahan hak hasil kontrak.
- Dana terikat melalui kutipan hasil kontrak.
- Jaminan bersesama dan berasingan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham.
Takaful
Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Cas
Lembaran Pendedahan Produk