MySMELady BM

MySMELady adalah sebuah program pembiayaan perniagaan khusus untuk usahawan wanita untuk keperluan pemilikan aset dan modal kerja .

Tujuan
  • Pemilikan aset (loji/jentera/peralatan)
  • Modal Kerja
Kelayakan
  • Memenuhi definisi PKS
  • ≥51 pemilikan ekuiti oleh wanita ATAU Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan adalah wanita dan memiliki sekurang-kurangnya 10% pemilikan ekuiti.
  • Perniagaan diuruskan sendiri oleh pemilik.
  • Tujuan pembiayaan dan aktiviti perniagaan hendaklah mematuhi prinsip syariah.
  • Syarikat berdaftar dengan SSM atau& pihak berkuasa pejabat daerah atau badan berkanun professional.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun.
  • Memenuhi kelayakan skim jaminan SJPP​
Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah (CMTF-i)
Had Pembiayaan
  • Minimum : RM500,000
  • Maksimum : RM3,000,000
Had Pembiayaan

Untuk jumlah pembiayaan sehingga RM1.0 juta : 

KPA  + 0.0% (bersih selepas 2.0% subsidi daripada Kerajaan)

Untuk jumlah pembiayaan melebihi RM1.0 juta : 

KPA + 2.0% setahun (tanpa 2% subsidi daripada Kerajaan)

 

Margin Pembiayaan
  • Pemilikan Aset : Sehingga 80% 
  • Modal Kerja : Sehingga 100%

 

Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga  5 tahun
Cagaran
  • Sehingga 80% jaminan dari Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP); dan
  • Jaminan peribadi / Jaminan bersesama dan berasingan / Jaminan Korporat.
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Cas

Klik sini untuk Fi & Cas

Lembaran Pendedahan Produk

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW