SME Bank

Geran Padanan Pemerkasa adalah sebuah pembiayaan berstruktur untuk membantu usahawan dari sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) terutamanya dari bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Tujuan
  • Pembelian peralatan dan/atau mesin;
Kelayakan
  • PKS di dalam sector 3D (kotor, bahaya & sukar) terutamanya dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan;
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional;
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam dan/atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%;
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan memegang pegangan saham sekurang-kurangnya 51% di dalam PKS; dan
  • Perniagaan patuh Syariah.
Konsep Pembiayaan
  • Komoditi Murabahah melalui Tawaruq
Fasiliti Pembiayaan
  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
Had Pembiayaan
  • Sehingga RM1 juta.
Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 10 tahun
Kadar Pembiayaan
  • Dari 0% sehingga 5.0 % setahun
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 100%
Cagaran
  • Sehingga 80% jaminan dari Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation (CGC) atau lain-lain penyedia jaminan kredit yang diterima oleh pihak Bank. 
  • Cagaran lain yang diterima oleh pihak Bank.
Takaful
  • Perlindungan takaful adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Cas

Klik untuk Fi & Cas

Lembaran Pendedahan Produk

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700.