SME Bank

Tabung Khas Pelancongan 3 (SFT3) ialah program pembiayaan untuk menyokong usaha kerajaan untuk mengembangkan industri pelancongan dikalangan PKS seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Tujuan
  • Modal Kerja
Kelayakan
  • Sekurang-kurangnya 51% saham syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 atau Akta Koperasi 1993
  • Memenuhi definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun.
  • Lokasi projek di dalam Malaysia.
Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah(CMTF-i)
Had Pembiayaan
  • Minimum: RM50,000
  • Maksimum: RM500,000
Kadar Keuntungan
  • 6.0% setahun pada kadar tetap (selepas subsidi kadar keuntungan 2.0% setahun).

Margin Pembiayaan
  • Sehingga 100% untuk pembiayaan modal kerja.

Tempoh Pembiayaan
  • Sehingga 5 tahun.
Cagaran
  • Mana-mana cagaran yang diterima oleh pihak Bank
  • Jaminan peribadi, jaminan aset dan berasingan / jaminan korporat.
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Ciri-Ciri Projek

Keutamaan akan diberikan kepada projek seperti berikut:

  • Projek pelancongan yang dipromosikan oleh Kerajaan.
  • Membina, menaiktaraf atau mengubahsuai bangunan pelancongan atau bersejarah.
  • Perkhidmatan pengangkutan berasaskan pelancongan
  • Resort & infrastruktur pelancongan.
  • Pembuatan atau pembekalan produk atau perkhidmatan yang berasaskan pelancongan.
  • Modal kerja untuk aktiviti pelancongan.
  • Projek-projek lain berasaskan pelancongan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Fi & Cas

Klik sini untuk Fi & Cas

Lembaran Pendedahan Produk

Applying for business financing is now easier with MySMEBank online application

APPLY NOW