TRRF adalah sebuah program yang menyediakan bantuan dan sokongan pemulihan untuk PKS dalam sektor perkhidmatan dan sektor-sektor yang lain yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan, kecuali subsektor pelancongan dan berkaitan pelancongan.
- Modal Kerja
- Sehingga 30% pembiayaan semula dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Nota:
30% daripada pembiayaan yang diluluskan boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan perniagaan yang sedia ada (pembiayaan perniagaan sedia ada tidak termasuk pembiayaan diperoleh dari Tabung BNM untuk PKS )
PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 (kecuali subsektor berkaitan dengan pelancongan) seperti berikut:
- Sektor perkhidmatan seperti:
- Perkhidmatan peribadi (contoh: membaiki komputer/ barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
- Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
- Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
- Seni, hiburan dan rekreasi
- Perdagangan borong dan runcit
- Perkhidmatan perniagaan (cth. aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan).
2. Sektor bukan perkhidmatan yang tidak dibenarkan beroperasi di dalam Fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN)
(Dijelaskan oleh BNM, untuk perkara di atas termasuk Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sila rujuk kepada SOP Fasa 1, SOP Fasa 2 dan SOP PKPD yang berkaitan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara )
Nota:
- Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) adalah layak untuk TRRF dengan had limit RM500,000 untuk setiap PKS.
- Penerima Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) adalah tidak layak untuk TRRF.
- Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah(CMTF-i)
- Sehingga RM500,000 untuk setiap PKS
-
Sehingga 3.5% setahun (termasuk yuran jaminan)
- Sehingga 100% untuk pembiayaan modal kerja.
-
Sehingga 7 tahun termasuk 6 bulan moratorium untuk pembayaran bulanan
- Sehingga 80% jaminan dari Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP); dan
- Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat
- Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.