Pembiayaan Dana Usahawan Muda 2.0 membantu dan menyokong usahawan muda untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi dan kekal berdaya maju pasca COVID-19 atau bagi memulakan perniagaan baharu di bawah inisiatif Umbrella, SME Bank.

Tujuan
  • Pemerolehan loji / mesin / peralatan.
  • Pemerolehan dan / atau pengubahsuaian banggunan.
  • Keperluan modal kerja termasuk pembiayaan yuran jaminan, dokumentasi & yuran duti setem dan sumbangan Takaful (jika berkenaan).
Kelayakan
  • Usahawan muda Malaysia yang berumur 21 - 40 tahun dari tarikh permohonan dan mempunyai perniagaan.
  • Perusahaan bertaraf mikro, kecil dan sederhana seperti yang didefinisikan oleh SME Corp.
  • Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon muda memegang saham majoriti >51% DAN adalah merupakan pembuat keputusan utama.
  • Memiliki minimum sijil keusahawanan / vokasional.
    • Mereka yang tiada sijil boleh dipertimbangkan melalui kemasukan ke latihan keusahawanan yang disediakan oleh CEDAR.
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.*

*Keperluan ini akan diberi pelepasan untuk syarikat permulaan di bawah inisiatif Umbrella SME Bank.

Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka-i Komoditi Murabahah( CMTF-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
Had Pembiayaan
  • Minimum : RM100,000
  • Maksimum : RM1,000,000
Kadar Keuntungan
 Tahun 1 - Tahun 7  Tahun 8 - Tahun 10
 5.0% kadar tetap setahun (selepas subsidi 1.5% setahun)  6.5% kadar tetap setahun

 

Margin Pembiayaan
  • Loji, Mesin & Peralatan : 
    • Baru : Sehingga 80%
    • Terpakai / Diperbaharui / Penyesuaian Semula : Sehingga  70%
  • Pemerolehan Bangunan : Sehingga 90%
  • Modal Kerja : Sehingga 100%
  • Pengubahsuaian Bangunan
    • Bangunan Sendiri : Sehingga 70% dari nilai pengubahsuaian
    • Bangunan Premis Sewa : Sehingga 50% dari nilai pengubahsuaian.
Tempoh Pembiayaan
  • Loji, Mesin & Peralatan : Sehingga 10 tahun 
  • Pemerolehan Bangunan : Sehingga 10 tahun
  • Modal Kerja : Sehingga 5 tahun
  • Pengubahsuaian Bangunan
    • Bangunan Sendiri : Sehingga 7 tahun
    • Bangunan Premis Sewa : Sehingga 5 tahun
Cagaran
  • Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
  • Perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) adalah diperlukan bagi pembiayaan ini.
  • Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan.
Takaful
  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Caj

KlIk untuk Fi & Caj

Maklumat Lembaran Produk