SME Bank

Pelanggan yang Dihargai,

SME Bank kini menawarkan beberapa pilihan untuk mengurus komitmen kewangan anda selepas tamat tempoh moratorium yang akan berakhir pada 30 September 2020.

Kunjungi Pusat Enterpris kami yang berdekatan atau hubungi Pengurus Perhubungan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Kemudahan PKS.

Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan.

Terima Kasih

Soalan-Soalan Lazim Berkenaan Program Kemudahan PKS (SRP)

  

 

Apakah Program Kemudahan PKS atau SME Relief Programme (SRP)?
  • SRP adalah inisiatif Pengaturan Bayaran Pasca ‘Moratorium Automatik BNM’ oleh SME Bank untuk membantu tanggungan kewangan Pelanggan kami setelah berakhirnya tempoh moratorium automatik pada 30 September 2020.
  • Bank boleh menawarkan program “Indulgence” atau Bayaran Keuntungan bergantung kepada unjuran kewangan Pelanggan.
  • Apakah maksud Indulgence?
    • Indulgence” bermaksud penangguhan bayaran untuk Keuntungan dan Prinsipal bagi jangka masa yang akan ditentukan
  • Apa yang dimaksudkan dengan Tempoh Bayaran Keuntungan?
    • Tempoh Bayaran Keuntungan adalah penangguhan bayaran Prinsipal sahaja untuk jangka masa yang akan ditentukan.

 

Apakah perbezaan antara pengumuman moratorium automatik BNM pada Mac 2020 dan SRP SME Bank? 

Pengumuman BNM

Moratorium 6 bulan automatik ke atas semua pembiayaan Konvensional & Islamik yang diberikan kepada PKS, pembiayaan/pinjaman dalam denominasi Ringgit Malaysia, yang tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada 1 April 2020.

Dalam tempoh ini, bayaran pembiayaan/pinjaman ditangguhkan selama 6 bulan hingga 30 September 2020, mengikut kelayakan.

SRP SME Bank

Seperti perkara No 1.

 

Bilakah tarikh SRP berkuatkuasa?[/note]
  • SRP akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, jangka masa “Indulgence” atau Tempoh Bayaran Keuntungan bergantung pada persetujuan yang akan diberikan oleh Bank.

 

Adakah saya layak memohon untuk SRP? 
  • Anda boleh menghubungi Pengurus Perhubungan masing-masing untuk penjelasan terperinci mengenai SRP.

 

Apakah kriteria kelayakan?

Kriteria Umum

  • Hanya untuk Pelanggan yang sedang menikmati tempoh 6 bulan Moratorium Automatik BNM.
  • Perniagaan masih beroperasi.
  • Tidak mempunyai tindakan litigasi yang sedang berjalan (dengan Institusi-institusi Kewangan dan Badan Berkanun).
  • Pelanggan dengan SEMUA akaun tiada tunggakan selama lebih dari 90 hari pada 1 April 2020.

(Anda boleh menghubungi Pengurus Perhubungan anda untuk sebarang pertanyaan)

 

Adakah saya akan dikenakan caj keuntungan/faedah bagi jumlah pembayaran yang ditangguhkan di bawah:
  • Tempoh "Indulgence"
  • Tempoh Bayaran Keuntungan

Ya.  Kadar keuntungan sedia ada akan dikekalkan.

 

Adakah saya perlu memohon untuk SRP?
  • Anda dinasihatkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan anda sebelum 15 Ogos 2020.

 

Pembiayaan/pinjaman saya disusun semula & dijadualkan semula (R&R) beberapa bulan yang lalu.  Adakah saya masih layak untuk memohon SRP?
  • Ya, pembiayaan/pinjaman di bawah R&R layak untuk memohon SRP dan tertakluk kepada kriteria kelayakan seperti perkara No. 5.

 

Adakah CCRIS saya akan terjejas sekiranya saya memilih untuk memohon SRP SME Bank?
  • Tidak, pembiayaan tidak akan dikod sebagai Penyusunan & Penjadualan Semula dalam CCRIS.

 

Adakah pihak Bank akan mengenakan sebarang yuran untuk saya menikmati kemudahan SRP?
  • Tiada sebarang yuran dikenakan untuk SRP.
  • Walau bagaimanapun, kos tambahan untuk Aqad Baru dan dokumentasi mungkin akan dikenakan untuk pertukaran dari segi syarat dan/atau jumlah kemudahan pembiayaan asal.

 

Adakah sebarang caj dikenakan untuk Penjadualan & Penstrukturan Semula (R&R)
  • Di bawah SRP, pihak Bank akan menanggung semua caj dalaman seperti yuran dokumantasi dalaman dan yuran penstrukturan (untuk perusahaan besar). Walaubagaimanapun, semua caj luaran seperti duti setem, yuran broker dan yuran peguam cara (jika melibatkan perkhidmatan peguam cara) akan ditanggung oleh Pelanggan.

 

ISekiranya saya tidak mahu mengambil SRP, apa yang perlu saya lakukan?
  • Sekiranya anda tidak mahu menyertai SRP, sila maklumkan kepada pihak Bank sebelum 30 Ogos 2020 melalui Pengurus Perhubungan anda.

 

Saya mempunyai beberapa pembiayaan/pinjaman dan tidak mahu memohon SRP bagi semua pembiayaan/pinjaman.  Apa yang perlu saya lakukan?
  • Untuk pembiayaan/pinjaman tertentu yang anda tidak mahu memohon SRP, anda boleh memaklumkan kepada pihak Bank melalui Pengurus Perhubungan anda.

 

Adakah tempoh matang pinjaman/pembiayaan saya akan berubah, sekiranya saya memilih SRP?. Berapakah jumlah ansuran baharu saya setelah berakhirnya tempoh SRP?

  • Hasil daripada program “Indulgence” atau Bayaran Keuntungan, syarat asal mungkin berubah.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan dalam Surat Pemberitahuan yang akan dikeluarkan.

 

TAWARAN KAMI

MySMEBina

MySMEBina

MySMEBina is a financing programme for construction and infrastructure projects awarded by Federal Government, State Government, Government Link Companies (GLCs) and its subsidiaries.
Read More

MySMEBekal

MySMEBekal

MySMEBekal is a complete short term financing programme to supply or maintain the contract awarded by Federal Government, State Government, Government Agencies, Government Link Companies (GLC) and its subsidiaries.
Read More
Supplementary Renewed Facility <br />(i-SURF)

Supplementary Renewed Facility
(i-SURF)

i-SURF is an automatic additional financing of working capital for SME Bank’s existing customers who have collateral of property and / or Sijil Pelaburan Am Mudharabah/ Fixed Deposit charged/ pledged to the bank and have shown good repayment records.
Read More
i-Pembiayaan Premis Perniagaan

i-Pembiayaan Premis Perniagaan

With i-3P, you can purchase or refinance business premises and at the same time secure working capital for your business growth.
Read More