+603 2603 7700
EN BM
Tentang SME Bank banner
Tentang SME Bank banner

Tentang SME Bank


Ditubuhkan pada tahun 2005, SME Bank adalah salah sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) terkemuka negara yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan (MOF), dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

SME Bank terus komited dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui penawaran bukan sahaja bantuan kewangan, tetapi juga latihan dan program pembangunan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) bagi merangsang pertumbuhan perniagaan yang menyeluruh.

Selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030, SME Bank bermatlamat untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai rakan pilihan utama pembiayaan kewangan untuk usahawan selain menjadi peneraju dalam penciptaan nilai tambah kepada ekosistem PKS yang melangkaui perkhidmatan pembiayaan. Ini termasuk memperkenalkan inisiatif berimpak tinggi terutamanya dalam penggunaan teknologi digital dalam menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Visi

Peneraju dalam Penciptaan Nilai Ekosistem PKS yang Melangkaui Perkhidmatan Pembiayaan.

Misi

Menjadi Pusat Kecemerlangan bagi Memacu Agenda Pembangunan Usahawan Negara

Nilai Teras

S Kerja Berpasukan dan Berintegriti
M Pengurusan Berhemah Pihak Berkepentingan
I Inovasi & Teknologi
L Kepimpinan & Kemajuan
E Kecekapan dan Produktiviti