Soalan-Soalan Lazim
Bagaimana cara untuk saya memohon pembiayaan perniagaan?
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan perniagaan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-2603 7700 pada waktu operasi, mengunjungi Cawangan kami yang berdekatan, atau memohon dalam talian di MySMEBank.
Berapakah jumlah cawangan SME Bank?
Setakat ini SME Bank mempunyai 27 cawangan di setiap negeri di Malaysia. Anda boleh dapatkan alamat cawangan yang berkaitan di sini
Apakah waktu perniagaan SME Bank?
Waktu perniaagaan kami adalah seperti berikut :
Isnin hingga Khamis : 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Waktu rehat : 1:00 hingga 2:00 petang.
Jumaat : 8:30 pagi hingga 4:45 petang.
Waktu rehat: 12:30 tengahari hingga 2:45 petang.
Ditutup semasa waktu rehat.
Waktu operasi di atas berbeza mengikut cawangan kami di negeri Kelantan dan Terengganu