CEDAR
Pengenalan
Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) adalah anak syarikat hakmilik SME Bank sepenuhnya. Diwujudkan pada awal 2013, misinya adalah untuk mengembangkan kapasiti dan pembangunan kebolehan usahawan Malaysia bagi memampankan kemajuan perniagaan mereka dalam menyokong Agenda Ekonomi Kerajaan.
Kini, SME Bank berdiri sebagai satu-satunya Bank yang mempunyai anak syarikat seperti CEDAR. Dengan berfokuskan pembangunan yang berterusan untuk usahawan dalam memastikan pertumbuhan dan kemampanan yang utuh melalui pelbagai kaedah khidmat intervensi seperti kaunseling berasaskan penyelidikan, bimbingan perniagaan, dana mudahcara, pementoran berasaskan hasil dan intervensi perniagaan.
Visi
Menjadi Pusat Kecemerlangan untuk Transformasi dan Pembangunan Usahawan
Misi
Membangun kebolehan usahawan secara berterusan bagi memampankan kemajuan perniagaan mereka dalam menyokong Agenda Ekonomi Kerajaan.