+603 2603 7700
EN BM

HOUSEOWNER/ HOUSEHOLDER TAKAFUL


Pengenalan

Perlindungan untuk rumah dan harta peribadi dalam rumah daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, limpahan paip air dan lain-lain kecelakaan yang dinyatakan dalam jadual Sijil Takaful.

Pelan Perlindungan

Perlindungan untuk bangunan dan isi bangunan disebabkan oleh peristiwa yang tidak dijangka atau lain-lain peril;

Pelan Houseowners ini melindungi struktur rumah anda termasuk dinding, bumbung, lekapan dan kelengkapan, garaj, pintu pagar dan pagar.

Pelan Householders melindungi isi rumah seperti barangan isi rumah, barangan peribadi dan harta mudah alih yang lain.

Ciri dan Manfaat

  • Perlindungan Komprehensif
  • Perlindungan Kerugian/ Kerosakan
  • Perlindungan sekiranya berlaku peristiwa yang tidak dijangka

Soalan Lazim

  1. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu dibayar?

    Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar adalah dikira berdasarkan jumlah perlindungan yang dipilih:

  2. Apakah pengecualian utama bagi pelan ini?

    Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti:

    Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau sebarang tindakan keganasan. Arahan kerajaan atau Perbandaran Awam atau Pihak Berkuasa Tempatan Senjata nuklear atau pengionan radiasi atau pencemaran. Apa jua bentuk kerugian atau kerosakan. Kerosakan harta ke atas data atau perisian. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kecurian oleh pembantu rumah anda atau mana-mana ahli keluarga atau isi rumah. Bir, arak, gambar haiwan atau barangan yang digunakan untuk tujuan keagamaan seperti berhala. Seksyen "Liabiliti kepada Awam" tidak melindungi sebarang kecederaan atau kerosakan berkaitan asbestos yang melibatkan kerosakan melibatkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, pengalihan, penghapusan atau pengelakan asbestos atau potensi terdedah kepada asbestos. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah.

  3. Bolehkah saya membatalkan sijil??

    Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi kami notis bertulis. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan.

"Hubungi kami untuk maklumat lanjut"

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2603 7700