Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
Pembiayaan ITB adalah kemudahan yang membolehkan pelanggan (penyewa) untuk menyewa aset yang telah dikenal pasti (mesin, peralatan dan/atau kenderaan komersil) daripada Bank (pemilik aset) dan seterusnya membeli serta mengambil pemilikan aset tersebut setelah menyelesaikan bayaran terakhir.
Konsep Shariah
Konsep Syariah yang digunakan adalah Ijarah,Wakalah, Bai’ & Wa’d.
Pembiayaan ITB adalah kontrak sewaan (Ijarah) yang diikuti dengan penjualan secara perlakuan (Bai' Mu'atah). Di bawah kontrak sewaan, pelanggan menyewa aset dari Bank dengan bayaran sewa yang dipersetujui dalam tempoh tertentu. Setelah tempoh sewaan berakhir, penjualan aset sewaan dari Bank kepada pelanggan akan dilaksanakan dengan cara perlakuan berdasarkan harga yang telah dipersetujui.
Sekiranya berlaku sebarang kemungkiran atau sewa dibatalkan sebelum kematangan, pelanggan dikehendaki membeli aset tersebut berdasarkan akujanji (Wa’d) yang telah dibuat.
Di bawah Wakalah, Bank melantik Pelanggan sebagai ejen untuk melakukan semua tindakan berkenaan dengan pembelian asset dari peniaga bagi pihak Bank.
Pelanggan perlu membayar deposit (Urbun) kepada peniaga, yang akan dianggap sebagai deposit yang akan dibayar oleh SME Bank.
Penggunaan aset oleh pelanggan adalah atas risiko pelanggan dan Bank tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti terhadap sebarang kerugian atau kerosakan kepada aset tersebut yang berlaku akibat dari kecuaian pihak pelanggan.
Bank juga melantik pelanggan sebagai ejen perkhidmatannya dalam semua perkara berkaitan penyelenggaraan utama / besar bagi pihak Bank dan juga penyelenggaraan dan pembaikan biasa. Pelanggan sebagai ejen perkhidmatan akan menanggung segala kos, caj dan perbelanjaan dalam menjalankan penyelenggaraan dan pembaikan utama dan biasa.