+603 2603 7700
EN BM

MOTOR TAKAFUL


Pengenalan

Pelan Takaful Motor Persendirian Komprehensif menyediakan perlindungan kepada kenderaan anda sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga. Melalui sesawang takaful motor, sebut harga boleh dibuat untuk perlindungan komprehensif, pihak ketiga, perlindungan Kebakaran dan Kecurian atau perlindungan kenderaan yang didaftarkan untuk perniagaan bagi kegunaan persendirian.

Ciri dan Manfaat

  • Perlindungan Komprehensif untuk kenderaan
    Manfaat akan dibayar untuk kerugian, atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran yang tidak disengajakan. Di samping itu, perlindungan ini dilengkapi dengan perlindungan kemalangan diri sebanyak RM15,000 untuk setiap pemandu dan penumpang sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal semasa dalam perjalanan atau turun dari kenderaan.
  • Perlindungan terhadap Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
    Manfaat ini akan dibayar sekiranya berlaku kematian, atau kecederaan badan terhadap liabiliti kepada pihak ke-3, dan kerosakan kepada kenderaan pihak ke-3, atau harta benda yang disebabkan oleh kenderaan anda. Perlindungan untuk kenderaan anda terhad kepada sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, letupan, kilat, pencurian, pecah rumah atau kecurian yang tidak disengajakan sahaja.
  • Program bantuan tepi jalan 24/7
  • Tundaan percuma sehingga 50km
  • Perlindungan kemalangan peribadi percuma

Manfaat Tambahan

PELAN 1
  • Perlindungan Kemalangan Diri sebanyak RM 20,000
  • Menunda kendereaan rosak sehingga jarak 100km
  • Khidmat Tunda dan Pembersihan kerana Kerosakan disebabkan Air- RM1,000
  • Penggantian Kunci - RM750
PELAN 2
  • Perlindungan Kemalangan Diri sebanyak RM 30,000
  • Menunda kenderaan rosak sehingga jarak 200km
  • Khidmat Tunda dan Pembersihan kerana Kerosakan disebabkan Air- RM2,000
  • Penggantian Kunci - RM1,500
PELAN 3
  • Perlindungan Kemalangan Diri sebanyak RM 40,000
  • Menunda kenderaan rosak sehingga jarak 300km
  • Khidmat Tunda dan Pembersihan kerana Kerosakan disebabkan Air- RM3,000
  • Penggantian Kunci - RM3,000

Caruman Tambahan

Manfaat Tambahan Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3
a. Motor PA Plus RM20 RM30 RM40
b. Khidmat Tunda dan Pembersihan kerana Kerosakan disebabkan Air RM20 RM35 RM45
c. Penggantian Kunci RM20 RM30 RM50

Soalan Lazim

  1. Apakah perbezaan antara Nilai Dipersetujui dan Nilai Pasaran?

    Nilai Dipersetujui ialah jumlah perlindungan yang akan dibayar balik kepada anda sekiranya berlaku kerugian menyeluruh atau kecurian. Manakala Nilai Pasaran ialah jumlah perlindungan yang akan dibayar balik kepada anda mengikut nilai pasaran kereta anda pada masa berlakunya kerugian menyeluruh atau kecurian tetapi tertakluk pada jumlah perlindungan yang telah anda pilih.

  2. Bolehkah saya memasukkan pemandu tambahan di bawah sijil saya? Adakah terdapat sebarang bayaran tambahan?

    Ya, semua pemandu anda yang dibenarkan adalah dilindungi secara automatik tanpa kos tambahan dan anda tidak perlu memberikan butiran mereka juga.

"Hubungi kami untuk maklumat lanjut"

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2603 7700