+603 2603 7700
EN BM

Skim Pembiayaan Vanigham

Suatu kemudahan pembiayaan bagi menyokong usahawan perusahaan kecil dalam pemerolehan aset dan keperluan modal kerja bagi mengembangkan perniagaan, meluaskan jangkauan, dan menggalakkan persaingan dalam perniagaan.


Tujuan

  • Mesin/Peralatan; dan/atau
  • Kenderaan Komersial; dan/atau
  • Keperluan Modal Kerja

Kelayakan

  • Perusahaan kecil seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM"), atau pejabat pihak berkuasa/daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional.
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak boleh melebihi 20%.
  • Rakyat Malaysia berbangsa India yang menetap di Malaysia memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan saham atau CEO/ MD ialah berbangsa India Malaysia yang memegang sekurang-kurangnya 10% pegangan saham.
  • Perniagaan patuh Syariah.
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun beroperasi.
  • Kriteria kelayakan tambahan bagi setiap Dana Bank Negara Malaysia (BNM).

Kemudahan Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)

Had Pembiayaan

  • Minimum: RM100,000
  • Maksimum: RM300,000

Kadar Keuntungan

Dana Kadar Keuntungan
Dana Bank Negara Malaysia (BNM)
Kemudahan Automasi dan Digital PKS(ADF) Sehingga 4.00% setahun
Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) Mengikut Penilaian Profil Risiko PKS oleh BNM; sehingga 6.00% setahun
Kemudahan Agromakanan(AF) Sehingga 3.75% setahun


Nota:

  1. Kadar keuntungan termasuk sebarang yuran jaminan.
  2. Kadar keuntungan seperti yang ditentukan oleh BNM mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Dana Pasaran SME Bank

6.0% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.0% setahun)

Margin Pembiayaan

Tujuan Margin
Mesin/ Peralatan Sehingga 80%
Kenderaan komersial Sehingga 90%
Modal kerja Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

Tujuan Pembiayaan Tempoh
Mesin/ Peralatan Sehingga 7 tahun
Kenderaan komersial Sehingga 7 tahun
Modal kerja Sehingga 5 tahun

Cagaran

Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang ingin diperolehi dijadikan cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
  • Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).

Maklumat Lembaran Produk

Skim Pembiayaan Vanigham (Bahasa)

SME Bank kini menerima permohonan pembiayaan dalam talian MOHON SEKARANG