Bantuan Akibat Banjir
KUALA LUMPUR : 19 Disember 2021
Berikutan bencana banjir yang melanda negara ketika ini, semua pelanggan SME Bank yang terkesan akan diberi bantuan mengikut keperluan perniagaan masing-masing untuk menjadikan penyaluran bantuan yang lebih berkesan dapat ditawarkan.
Pelanggan-pelangan SME Bank boleh menghubungi Pegawai Perhubungan masing-masing untuk pertanyaan lanjut berkenaan akaun pembiayaan anda dan yang berkaitan dengannya. Sebagai pilihan, anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di talian 03-2603 7700 atau e-mel ke [email protected].
Sebelum ini SME Bank telah menawarkan pelbagai bantuan kepada pelanggannya melalui program PRIHATIN, PENJANA, PEMERKASA dan PEMULIH yang diumumkan oleh Kerajaan di samping pelbagai program dalaman SME Bank sendiri.