+603 2603 7700
EN BM
Siaran Media- inner banner
Siaran Media- inner banner

SME Bank Menyambut Baik 10 Inisiatif Strategik Bernilai RM1.17 Bilion yang Diumumkan Dalam Belanjawan Negara 2025

22 OKtober 2024

KUALA LUMPUR: 22 Oktober 2024 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (“SME Bank”) menyambut baik 10 inisiatif strategik bernilai RM1.17 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan Negara 2025 baru-baru ini, seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memperkasakan lagi daya tahan ekonomi negara serta memupuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif.

Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, menyatakan bahawa Belanjawan 2025 merangkumi pelbagai inisiatif dan mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak RM421 bilion adalah sejajar dengan usaha terus Kerajaan Madani untuk memupuk daya tahan negara. Ini menzahirkan sentimen ekonomi negara yang positif dengan pelbagai langkah yang diperkenalkan yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi keseluruhan, terutamanya segmen afirmatif utama.

"Kami amat memuji komitmen Kerajaan dalam memperkasakan segmen PMKS dengan penerusan dana sedia ada Bank Negara Malaysia untuk sektor PMKS, di samping skim jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad yang merentasi bidang keutamaan seperti segmen Bumiputera, Teknologi Tinggi & ESG, Halal dan Pelancongan serta Skim Pembiayaan Teknologi Hijau ("GTFS"). Ini merupakan antara kategori pertumbuhan di mana kita boleh terus memanfaatkannya untuk menyokong fokus Kerajaan pada masa hadapan," beliau berkata.

"Kami berasa sangat bangga kerana telah diamanahkan dengan 10 inisiatif berjumlah RM1.17 bilion dalam Belanjawan Negara 2025. Ini mengukuhkan mandat kami untuk mencipta nilai di seluruh ekosistem PMKS dengan memberi penyelesaian pembiayaan yang komprehensif dan tawaran tambahan. Kami telah mengenal pasti bidang strategik utama, termasuk sektor Teknologi, Pelancongan, Halal dan sektor yang berkaitan ESG, bersama-sama dengan segmen afirmatif lain yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi mampan jangka panjang negara, terutamanya dalam memperkasakan usahawan wanita.

“Bidang-bidang strategik utama di atas juga merupakan sebahagian daripada strategi Bank untuk memenuhi keperluan segmen yang maju, di bawah Rangka Kerja Pengukuran Prestasi BNM ("PMF") yang memberi penekanan kepada Institusi Kewangan Pembangunan ("DFI") untuk menggalakkan impak pembangunan yang lebih besar", tambah Datuk Dr. Mohammad Hardee.

Menyokong agenda Industry4WRD, SME Bank akan menawarkan pembiayaan sebanyak RM400 juta untuk sektor PMKS yang sedang beralih ke arah transformasi teknologi, di samping mengetengahkan lagi komitmen Bank untuk memupuk generasi juara serantau akan datang dengan menggerakkan pembiayaan sebanyak RM200 juta untuk memperkasakan segmen PMKS Bumiputera mengembangkan jejak serantau mereka. Ini adalah selaras dengan inisiatif pembinaan kapasiti bernilai RM5 juta untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti eksport, dengan tambahan RM2 juta yang akan diuruskan oleh anak Syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. ("CEDAR").

“Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk menyokong fokus Kerajaan untuk merangsang sektor-sektor utama yang memainkan penting kepada pertumbuhan ekonomi kita, termasuk pembiayaan bernilai RM200 juta untuk menyemarakkan sektor Pelancongan, pembiayaan RM100 juta khusus untuk memperkasakan usahawan wanita dan merapatkan jurang jantina, pembiayaan RM100 juta untuk merangsang lebih banyak aktiviti dalam sektor berkaitan ESG, di samping memacu mandat kami untuk meningkatkan pertumbuhan segmen Halal dengan menyediakan pembiayaan RM100 juta kepada PMKS yang berkaitan. Inisiatif-inisiatif ini adalah selaras dengan kemampuan kami kami untuk memacu pertumbuhan sektor di mana kami sudah mempunyai kehadiran yang kukuh, terutamanya dalam pasaran Halal dan Pelancongan, di samping berkembang ke bidang berpotensi tinggi seperti Pembangunan Mampan. Selain itu, kami menyahut seruan Kerajaan untuk mengukuhkan lagi perusahaan permulaan Bumiputera dengan bekerjasama dengan syarikat yang mampan, serta menyediakan pembiayaan RM50 juta dan pembiayaan RM15 juta untuk menyokong pembangunan perusahaan sosial,” Datuk Dr. Mohammad Hardee berkata.

Sejak penubuhannya pada tahun 2005, SME Bank telah memainkan peranan penting dalam memangkin pertumbuhan landskap ekonomi Malaysia dengan menyediakan program pembiayaan yang berjumlah lebih RM45 bilion yang telah memberi manfaat kepada lebih 24,000 PMKS. Sebagai satu-satunya Institusi Kewangan Pembangunan ("DFI") di negara ini yang mempunyai cabang pembinaan kapasiti khusus, CEDAR, SME Bank juga telah membantu lebih 82,000 usahawan dalam mengembangkan bisnes mereka.

Usahawan yang berminat dalam penyelesaian pembiayaan atau program pembangunan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan SME Bank di 03-2603 7700 atau kunjungi www.smebank.com.my untuk maklumat lanjut.

 

22/10/2024 2:11