+603 2603 7700
EN BM

SME Bank Mudahkan PKS Tembusi Pasaran UK Melalui Bengkel "Gateway To UK" Di Bawah Business Export Program"Gateway To UK" Workshop Under The Business Exports Program


KUALA LUMPUR: 28 Julai 2023 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) telah membuka peluang kepada PKS untuk menembusi pasaran UK melalui bengkel “Gateway to UK”. Bengkel tiga hari ini akan memanfaatkan 45 buah syarikat tentang kemasukan pasaran, daripada aspek penyelidikan pasaran dan pengenalan bakal pelanggan sehingga ke pembangunan perniagaan dan jualan.

Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, “Kami sedang mencari sekurang-kurangnya 10 PKS yang layak untuk menjadi sebahagian daripada Misi Pecutan Eksport London (EAM London) yang dijadualkan diadakan pada Januari 2024. EAM London akan membuka jalan kepada mereka untuk memperoleh pengalaman langsung tentang cara mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa dengan melibatkan diri dengan pembeli berpotensi, mencari pelabur dan membina rangkaian dengan diaspora Malaysia di rantau ini.”

EAM merupakan salah satu aktiviti di bawah Business Export Program (BEP), inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di mana SME Bank telah diamanahkan dengan dana bernilai RM13.1 juta. Pada tahun 2022, SME Bank telah membawa seramai 47 orang peserta BEP untuk menyertai lima EAM. Sejak menyertai BEP dan sehingga Disember 2022, mereka telah berjaya menjana jualan eksport sebanyak RM123.40 juta. Untuk tahun 2023, SME Bank telah mengambil bahagian dalam dua EAM yang melibatkan 18 orang peserta dan dua EAM telah dijadualkan untuk tahun ini.

Ketua Koordinasi & Program Khusus, Saaidah Khadijah Naim menambah, “Bengkel Gateway to UK telah menarik pengeksport pelbagai peringkat daripada pemula yang tidak pernah mengeksport kepada pengeksport maju yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran UK. Tahap pengeksport yang berbeza dalam bengkel ini menjadikan inisiatif ini lebih bermanfaat dengan membolehkan mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain.”

SME Bank dengan sokongan daripada MATRADE telah membawa Makan Bites Ltd., penghubung pasaran yang berpangkalan di London yang pakar dalam membantu PKS memasuki pasaran UK dan Eropah.

“Kami telah melihat begitu banyak syarikat Malaysia yang berpotensi semasa bengkel ini. Sesi webinar susulan juga telah menjadualkan dengan usahawan terpilih yang akan menyertai EAM London. Dengan kerjasama aktif dengan agensi Kerajaan seperti SME Bank dan MATRADE serta KUSKOP, kami berharap agar dapat membawa lebih banyak produk buatan Malaysia untuk memasuki pasaran UK dan mewujudkan lebih banyak kesedaran mengenai produk ini,” kata Cheryl Ellron, Ketua Pegawai Eksekutif Makan Bites Ltd.

Bengkel Gateway to UK adalah antara inisiatif XCESS Beyond Borders (XBB), yang menyediakan platform untuk pertemuan perniagaan satu dengan satu yang telah dijadualkan untuk menghubungkan PKS Malaysia dengan bakal pembeli dari seluruh dunia. XBB akan menjadi salah sebuah komponen penting SME Bank XCESS, program tahunan utama SME Bank untuk PKS untuk mendapatkan rangkaian perniagaan bernilai tinggi, padanan perniagaan dan berhubung dengan penyedia pembiayaan yang bersesuaian.

SME Bank XCESS 2023 dijadualkan pada September 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai acara yang dinanti-nantikan ini serta program pembangunan usahawan dan pembiayaan SME Bank yang lain, sila layari laman web rasmi SME Bank www.smebank.com.my dan Halaman Facebook SME Bank.