+603 2603 7700
EN BM
Siaran Media- inner banner
Siaran Media- inner banner

SME Bank Terima Kunjungan Hormat Menteri dan Timbalan Menteri MITI Baharu

KUALA LUMPUR : 9 Julai 2018

YB Ignatius Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Timbalan Menterinya, YB Dr. Ong Kian Ming, telah membuat lawatan kerja ke SME Bank pada hari ini bagi mendalami dan memahami fungsi SME Bank serta peranan Bank dalam memupuk dan membangunkan PKS.

Kunjungan Menteri dan Timbalan Menteri MITI ini telah disambut oleh Pengerusi SME Bank, Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan para Pengurusan Kanan SME Bank. Satu sesi taklimat telah diadakan bagi memberi penerangan mengenai prestasi semasa SME Bank. Dari laporan audit SME Bank 2017, pihak Bank telah meluluskan sebanyak RM2.2 bilion pembiayaan untuk PKS dan usahawan kecil dan sederhana adalah penerima terbanyak kelulusan ini iaitu masing-masing 43%. Pada tahun 2017, SME Bank juga telah membantu sebanyak 245 syarikat dalam meningkatkan tahap pencapaian mereka seperti peningkatan dalam keuntungan, penambahan jumlah pekerja serta menembusi pasaran eksport melalui Program Intervensi SME Bank. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM28 bilion dan telah menjadi rakan pembiayaan bagi lebih 16,000 usahawan. Anak syarikat milik penuh SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) juga berjaya memainkan peranannya sebagai sebuah pusat latihan usahawan dengan menganjurkan sebanyak 27 sesi latihan keusahawanan yang memanfaatkan seramai 785 peserta pada tahun 2017.

SME Bank sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan sentiasa berpegang kepada mandat yang diberikan untuk memupuk dan mengembangkan PKS negara untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi ekonomi Malaysia. Pihak Bank sentiasa bersedia untuk membantu memenuhi segala keperluan PKS dengan menawarkan pembiayaan khusus serta program intervensi yang menyeluruh bagi menyokong pembangunan para usahawan.

MITI visits SME Bank 09072018

09/07/2018 3:00