+603 2603 7700
EN BM
inner banner - published news
inner banner - published news

Program SME Bank iTEKAD ISHRAF sasar bimbing 400 usahawan asnaf


KUALA LUMPUR, 21 Mac- SME Bank menyasarkan membimbing seramai 400 orang usahawan asnaf melalui program "SME Bank iTEKAD ISHRAF" yang dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan enam lagi rakan strategik program.

Program Keusahawanan Asnaf yang sebelum ini dikenali sebagai Program ISHRAF SME Bank, telah dijenamakan semula menjadi Program SME Bank iTEKAD ISHRAF setelah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai inisiatif yang seiring dengan objektif program kewangan sosial, iTEKAD yang dinaungi BNM.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, kementerian sangat optimis apabila melihat jumlah penyertaan meningkat lebih lima kali ganda iaitu daripada hanya 79 orang untuk Program ISHRAF 2.0 kepada 400 orang bagi siri ketiga ini. "Ini bermakna SME bank iTEKAD ISHRAF terbukti keberkesanannya dan saya berharap agar lebih ramai asnaf akan mendapat manfaatnya. "Kepada para peserta program saya ingin mengucapkan tahniah krn adanda telah dipilih untuk mengikuti program yang akan mengubah masa depan anda dan juga perniagaan yang diusahakan", katanya berucap dalam Majlis Pelancaran Program SME Bank iTEKAD Ishraf di Kuala Lumpur. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Berita RTM Online, 21 March 2023
https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/59795-sme-bank-sasar-bimbing-400-usahawan-asnaf