+603 2603 7700
EN BM

SME Bank Mansuh Fi dan Caj Dokumentasi Dalaman (IHD)

KUALA LUMPUR : 15 Mac 2023

SME Bank, sebuah  Institusi Kewangan Pembangunan (DFI), telah mengumumkan bahawa ia akan memansuhkan bayaran fi dan caj Dokumentasi Dalaman (IHD) kepada pelanggan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berkuat kuasa 15 Mac 2023.

Keputusan itu mencerminkan komitmen SME Bank untuk mengutamakan pelanggan dan fokusnya dalam menyediakan perkhidmatan yang telus dan adil bagi meningkatkan tahap kepuasan dan membina kepercayaan dengan pelanggannya. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Fi dokumentasi dalaman ialah caj yang dikenakan ke atas pelanggan PMKS untuk dokumen pembiayaan yang disediakan oleh SME Bank. Pelanggan SME Bank yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai fi dan caj Dokumentasi Dalaman (IHD) boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 603-26037700 atau berhubung dengan Pengurus Perhubungan masing-masing.