SME Bank Terus Bantu PMKS Dalam Persediaan Menghadapi Cabaran 2023
SME Bank akan meneruskan usaha untuk mengukuhkan dasar, prosedur, sistem dan infrastrukturnya bagi mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan dan pengalaman pelanggannya sebagai persediaan melangkah ke tahun 2023 yang mencabar. SME Bank kekal komited untuk memberikan sokongan yang tepat dan berusaha untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) dalam menangani cabaran yang akan datang dan merebut peluang bagi meluaskan perniagaan mereka.
Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail dalam satu kenyataan berkata, "SME Bank menjangka ekonomi akan terus berkembang pada tahun 2023 walaupun pada kadar sederhana 4%-5%, menurun daripada 8% unjuran pertumbuhan bagi tahun 2022 setelah cabaran semakin ketara. Momentum pertumbuhan disokong oleh permintaan domestik yang masih berdaya tahan, pasaran buruh yang ketat dan prospek kelonggaran ekonomi China. Unjuran ini sejajar dengan unjuran kerajaan dan badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia (Rajah 1).”
Challenges Ahead
The global slowdown in demand, alongside persistent inflationary pressures, aggressive tightening of monetary conditions, strong US dollar, and climate change risks pose significant challenges to emerging markets including Malaysia. Domestically, there are some considerable uncertainties as well. Impending subsidy rationalisation, broad-based upward price pressures and monetary policy tightening will likely dampen consumer spending.
SME Bank’s Chief Economist, Lynette Lee commented, “While boost from pent-up demand and full economic re-opening diminishes, our economic growth forecast of 4% - 5% this year is still respectable. Malaysia’s resilient domestic demand, excess individual savings, alongside a diversified economy should cushion against spillover from the external sector. The ongoing recovery in tourism and education related sectors amid spare capacity, investment growth momentum backed by robust approved foreign direct investments and infrastructure projects will continue to lend support to economic growth.”
Cabaran Akan Datang
Kelembapan permintaan global, di samping tekanan inflasi berterusan, keadaan monetari yang agresif, dolar AS yang kukuh, dan risiko perubahan iklim menimbulkan cabaran besar kepada pasaran yang sedang pesat membangun termasuk Malaysia. Secara domestik, terdapat beberapa ketidakpastian yang ketara. Rasionalisasi subsidi yang akan berlaku, kenaikan harga yang menyeluruh dan dasar monetari yang diperketat berkemungkinan akan menjejaskan perbelanjaan pengguna.
Ketua Pakar Ekonomi SME Bank, Lynette Lee mengulas, “Walaupun rangsangan daripada permintaan terpendam (pent-up demand) dan pembukaan semula ekonomi penuh berkurangan, unjuran pertumbuhan ekonomi kami sebanyak 4% - 5% tahun ini masih bersesuaian. Permintaan dalam negeri Malaysia yang berdaya tahan, lebihan simpanan individu, di samping ekonomi yang pelbagai seharusnya dapat mengurangkan limpahan daripada sektor luar. Pemulihan berterusan dalam sektor berkaitan pelancongan dan pendidikan di tengah-tengah lebihan kapasiti, momentum pertumbuhan pelaburan yang disokong oleh pelaburan langsung asing yang kukuh dan projek infrastruktur akan terus memberi sokongan kepada pertumbuhan ekonomi.”
Pusat Kecemerlangan Pembangunan Usahawan
PMKS tidak mungkin terlepas daripada kesan riak daripada pertumbuhan KDNK yang sederhana kerana ia menyumbang 97.4% daripada keseluruhan pertubuhan di Malaysia. “SME Bank meramalkan dua kenaikan kadar 25bps setiap satu pada separuh pertama tahun 2023, menjadikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.25% pada 2023 kerana normalisasi dasar monetari diperlukan untuk menampan sebarang kejutan ekonomi yang tidak menentu pada masa hadapan. Namun begitu, penangguhan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 untuk perusahaan mikro ke 1 Julai 2023 dan tiada kenaikan elektrik untuk isi rumah, PMKS serta industri pertanian, akan memberikan PMKS beberapa fleksibiliti aliran tunai untuk terus beroperasi pada 2023,” tambah Lynette.
“Walaupun dalam persekitaran perniagaan yang berwaspada, respon PMKS melalui Indeks Sentimen PKS SME Bank 2022 menunjukkan bahawa mereka optimis, berdaya tahan dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan cabaran ekonomi semasa. Oleh itu, berpandukan pelan strategik ‘SME Bank Future Modality’ kami, Bank akan meletakkan dirinya sebagai peneraju nasional untuk memacu keusahawanan dan memudahkan pertumbuhan PMKS. Aspirasi ini boleh dicapai dengan mewujudkan, memupuk dan menyokong pembangunan PMKS sepanjang kitaran hayat mereka dan sekali gus mengukuhkan sumbangan sektor ini terhadap ekonomi negara,” tambah Datuk Wira Aria.
Pada tahun 2023, SME Bank akan terus menjadi ejen perubahan yang berkesan dengan menyokong dan mempromosikan adaptasi ESG dalam kalangan PMKS melalui lebih banyak tawaran pembiayaan berkaitan kemampanan dengan kadar yang kompetitif seperti Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG), Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF), Dana Usahawan Muda 2.0 (YEF 2.0) dan Dana Promosi IBS 2.0 (IBS 2.0).
Melalui “SME Bank Future Modality”, SME Bank akan memberi tumpuan kepada empat teras iaitu menjadi Pusat Kecemerlangan (CoE) untuk Pembangunan Usahawan melalui anak syarikatnya, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR), menyokong adaptasi ESG dalam kalangan PMKS, memperkukuh ekosistem digital dan menawarkan produk dan perkhidmatan khusus. CEDAR akan meningkatkan peranannya melalui pembangunan Perusahaan Sosial bagi mencapai akreditasi serta melatih PMKS untuk meningkatkan penyesuaian ESG dalam operasi perniagaan mereka.
Pelan Strategik “SME Bank Future Modality” adalah selaras dengan Rangka Kerja Pengukuran Prestasi (PMF) Bank Negara Malaysia yang menekankan kepentingan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) menggabungkan nilai tambahan sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan untuk menggalakkan hasil pembangunan yang lebih besar dan memperkukuh akauntabiliti sebagai institusi awam.
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan pembiayaan menyeluruh daripada SME Bank serta pelbagai program pembangunan usahawan, layari www.smebank.com.my, Facebook SME Bank www.facebook.com/smebank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ditalian 603-2603-7700.
Rajah 1: Ramalan Pertumbuhan KDNK (% YoY)
--- menunjukkan julat ramalan yang lebih rendah.
Sumber: Tinjauan Ekonomi Dunia IMF (Okt 2022), Bank Dunia Asia Timur & Kemas Kini Ekonomi Pasifik (Sep 2022), Kementerian Kewangan (MOF) Malaysia