+603 2603 7700
EN BM
Siaran Media- inner banner
Siaran Media- inner banner

SME Bank Sedia Bantu Usahawan dan Perniagaan Terjejas Banjir

Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: 2 Disember 2024 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (“SME Bank”) mengukuhkan komitmennya untuk menyokong usahawan dan perniagaan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini di seluruh negara. Memandangkan banjir ini telah menjejaskan mata pencarian dan operasi perniagaan masyarakat sekitar, SME Bank bersedia untuk memberikan sokongan kepada semua pelanggan SME Bank melalui bantuan pembiayaan yang sedia ada.

Pemangku Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim, menyatakan: “Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh semua pelanggan akibat banjir baru-baru ini dan kami bersedia membantu dengan kemudahan pembiayaan sedia ada dalam usaha untuk membantu mereka mengharungi tempoh yang mencabar ini. Sebagai sebahagian daripada usaha SME Bank, kami menggalakkan pelanggan yang terjejas untuk menghubungi kami bagi meneroka pilihan bantuan pembiayaan bagi kemudahan sedia ada, serta bantuan lain.”

Selain itu, SME Bank bersedia untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (“PMKS”) yang memerlukan pembiayaan tambahan melalui Kemudahan Bantuan Bencana (“DRF”), di mana SME Bank merupakan salah satu institusi kewangan yang terlibat untuk menggerakkan dana oleh Bank Negara Malaysia ini. Kemudahan tersebut menawarkan pembiayaan sehingga RM700,000 untuk PKS dan RM150,000 untuk perusahaan mikro, dengan kadar pembiayaan yang kompetitif sebanyak 3.5% setahun (termasuk yuran jaminan) dan tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun.

Datuk Dr. Hardee menambah, “SME Bank sentiasa menyokong semua pelanggan kami, terutamanya dalam keadaan yang mencabar, sama ada semasa pandemik COVID-19 atau bencana alam seperti banjir. Dari tahun 2022 hingga 2023, program bantuan kami telah memanfaatkan sebanyak 3,855 pelanggan dengan jumlah portfolio RM5.82 billion.”

SME Bank menggesa pelanggan yang terjejas akibat banjir untuk menghubungi Pengurus Perhubungan masing-masing atau menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan Bank di 03-2603 7700. Pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi Bank www.smebank.com.my dan saluran media sosial untuk maklumat terkini.

02/12/2024 7:27