+603 2603 7700
EN BM
Siaran Media- inner banner
Siaran Media- inner banner

Kenyataan Media Oleh SME Bank Sempena Pembentangan Belanjawan 2019

KUALA LUMPUR : 2 November 2018

SME Bank menyambut baik pembentangan Belanjawan 2019 yang dibuat oleh YB Menteri Kewangan Malaysia dan kami melihat ianya terus memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan sokongan dan dokongan kami terhadap pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia menerusi pelbagai penawaran produk pembiayaan dan khidmat nasihat khususnya kepada para usahawan wanita dan para usahawan yang bersedia untuk menjadi pengeksport.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail, “Selain daripada menyediakan pembiayaan, SME Bank akan memberi fokus kepada program pembangunan kapasiti menerusi penyediaan latihan keusahawanan dan program-program pembangunan bagi menyediakan para pelanggan kami menghadapi segala cabaran dan juga peluang yang mendatang bersama-sama dengan Revolusi Industri 4.0.” SME Bank juga sedang menimbang untuk memperkenalkan jam latihan wajib untuk memperkukuhkan keupayaan usahawan secara berterusan dan sistematik di dalam pengurusan kewangan, pengurusan risiko, teknologi kewangan (Fintech) dan lain-lain.

Menerusi belanjawan yang dibentang, SME Bank telah diamanahkan untuk menyediakan Dana Tabung Pelancongan PKS sebanyak RM500 juta dengan Kerajaan memberi subsidi sebanyak 2%. SME Bank berazam untuk mendokong mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan untuk melaksanakan program tersebut namun tidak akan mengabaikan kaedah penilaian kredit yang berhemat dan perlaksanaan pembiayaan yang lebih strategik.

02/11/2018 2:44