+603 2603 7700
EN BM
inner banner - published news
inner banner - published news

Usahawan BEP Kuskop jana potensi jualan kebih RM300 juta di Gulfood Dubai


SEBANYAK 11 syarikat Malaysia yang menyertai Gulfood 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini  di bawah Program Eksport Perniagaan (BEP) telah merekodkan potensi jualan bernilai RM318,515,295  (USD72,525,000).

 

BEP dilaksanakan melalui agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) iaitu SME Bank.

 

Gulfood 2023 yang merupakan pameran perdagangan makanan dan minuman (F&B) terbesar dunia telah  diadakan dari 20 hingga 24 Februari 2023. Menurut KUSKOP, potensi jualan bernilai RM318,515,295 melebihi
sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM10 juta dan telah menerima tempahan pembekalan daripada pelbagai negara selepas empat hari tamatnya penganjuran Gulfood 2023.

Semasa misi Gulfood 2023 tersebut, syarikat Akifcafe Coffee Industries Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman RM2.5 juta untuk membekalkan kopi pra campuran untuk syarikat Grand Hypermarket Dubai.

Penyertaan pertama kali usahawan-usahawan di bawah bimbingan KUSKOP di Gulfood 2023 jelas membuktikan Gulfood merupakan salah satu platform hebat dalam menonjolkan pelbagai rangkaian produk halal F&B
usahawan-usahawan Malaysia yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing  untuk pembeli di Dubai serta negara-negara serantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

Suara Merdeka Online, 6 March 2023
https://suaramerdeka.com.my/usahawan-bep-kuskop-jana-potensi-jualan-kebih-rm300-juta-di-gulfood-dubai/