Dana Kelestarian Alam (DKA)
Program pembiayaan bagi tujuan pemerolehan aset dan/ atau keperluan modal kerja untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi menyokong peralihan ke arah operasi perniagaan karbon rendah dan lestari.
Tujuan
- Pemerolehan aset
- Modal Kerja
Kelayakan
- PMKS seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp.) bagi menyokong peralihan ke arah operasi perniagaan karbon rendah dan lestari.
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa/ pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
- Pegangan saham Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika berkenaan) tidak melebihi 20%.
- Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham oleh Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Perniagaan patuh shariah.
- Minimum 2 tahun beroperasi.
- Kriteria kelayakan tambahan bagi setiap Dana Bank Negara Malaysia (BNM).
Kemudahan Pembiayaan
- Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
- Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
- Kredit Pusingan-i (RC-i)
- Aliran Tunai-i (CL-i)
Had Pembiayaan
- Minimum : RM100,000
- Maksimum : RM5.0 Juta
Kadar Keuntungan
- Dana Pasaran SME Bank: 6.00% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.00% setahun.)
- Dana Bank Negara Malaysia (BNM): Dari 3.50% sehingga 6.00% setahun
Margin Pembiayaan
- Pemerolehan Aset
- Sehingga 80% (Baharu)
- Sehingga 70% (Terpakai/ Diperbaharui/ Penyesuaian semula).
- Modal Kerja
- Sehingga 100%
Tempoh Pembiayaan
- Pemerolehan Aset: Sehingga 7 tahun
- Modal Kerja : Sehingga 5 tahun
Cagaran
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
Takaful
- Perlindungan takaful/ insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Fi & Caj
Maklumat Lembaran Produk
SME Bank kini menerima permohonan pembiayaan dalam talian MOHON SEKARANG