Sertai Kami
Sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi, kami menawarkan perkhidmatan melalui semua cawangan kami yang beroperasi di seluruh negara. Inisiatif utama kami didorong oleh pelbagai pelan tindakan untuk mewujudkan tahap penglibatan yang tinggi sambil memupuk nilai teras SMILE kami:
Pengurusan dan kemajuan bakat adalah asas kepada operasi kami. Kami sentiasa mencari personel untuk mengisi peranan yang bersesuaian untuk membantu kami memenuhi mandat dan aspirasi Bank.
Untuk melihat senarai kekosongan yang ada, sila klik di pautan berikut:
Pendedahan Saringan Pekerja
Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2018, Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Dokumen Polisi yang dikeluarkan pada 9 Mac 2018, mewajibkan semua institusi kewangan (FI) untuk menjalankan saringan pekerja bagi semua pengambilan pekerja baru. Bank SME diarahkan dan diwajibkan untuk memberikan maklum balas terhadap sebarang permohonan saringan pekerja yang dihantar (borang lengkap) ke alamat e-mel di bawah dalam tempoh 15 hari bekerja.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi kami di [email protected]
Semua permohonan akan dianggap sebagai sulit.