Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG)
Membantu PKS dan syarikat baharu yang inovatif dalam mengembangkan perniagaan mereka serta melabur dalam sektor strategik dan bidang teknologi (teknologi digital, teknologi hijau dan bioteknologi) untuk pemulihan ekonomi yang mampan.
Tujuan
- Perbelanjaan Modal (CAPEX) dan/atau
- Modal Kerja
Kelayakan
PKS Malaysia dalam sektor berikut:
- Perkilangan:
- Elektrik dan Elektronik (E&E)
- Kimia
- Petroleum bertapis
- Mesin dan Peralatan (M&E)
- Peranti perubatan dan farmaseutikal
- Peralatan automotif dan pengangkutan (termasuk aeroangkasa; pengilang kenderaan dan komponen)
- Perkhidmatan
- Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
- Penyelidikan dan Pembangunan
ATAU
Perniagaan (termasuk syarikat baharu yang bersedia secara komersil) yang terlibat dalam menyediakan penyelesaian yang mengaplikasikan teknologi:
- Teknologi Hijau
- Tenaga diperbaharui dan cekap tenaga
- Pengangkutan
- Pengangkutan guna tenaga diperbaharui, kenderaan elektrik, pembangunan bateri
- Sumber semula jadi
- Pelestarian pengurusan air dan sisa buangan
- Pencegahan pencemaran dan pemuliharaan akuatik
- Ekonomi kitaran
- Guna semula, kitar semula dan mengilang semula
- Memanfaatkan bahan buangan/sisa dan aset terkandas
- Teknologi agro
- Pertanian pintar dan automatik
- Pertanian menegak
- Pertanian guna pakai dron, IoT dan analitis data besar
- Teknologi karbon rendah
- Teknologi pelepasan karbon rendah (pengawalan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), hidrogen karbon rendah)
- Teknologi digital dan 4IR
- Perkilangan pintar (penyelesaian berasaskan IoT)
- Kecerdasan buatan (AI)
- Analisis data besar
- Realiti maya/ augmentasi
- Robotik
- Teknologi dron
- Infrastruktur kesalinghubungan dan luas (5G, blockchain, pemkomputeran awan)
- Percetakan 3D
- Pembangunan perisian (teknologi kesihatan digital, e-dagang, platfom pembayaran dan teknologi kewangan, penyelesaian mobiliti permainan)
- Bioteknologi
- Teknologi neuro
- Biokesihatan (genetik)
- Biosains (penambahbaikan tanaman dan hasil tuai)
ATAU
PKS dan syarikat permulaan yang disenaraikan dalam program utama Kerajaan
Senarai program tersebut boleh dirujuk di https://www.bnm.gov.my/funds4sme dan dikemas kini secara berkala.
Fasiliti Pembiayaan
- Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
- Kredit Pusingan-i (RC-i)
- Aliran Tunai-i (CL-i)
- Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
Had Pembiayaan
- Sehingga RM10 juta (untuk membiayai keperluan CAPEX atau modal kerja, atau kedua-duanya)
Kadar Pembiayaan
- Sehingga 3.5% setahun, untuk pembiayaan tanpa jaminan; atau
- Sehingga 5.0% setahun, termasuk sebarang yuran jaminan.
Margin Pembiayaan
- Sehingga 80% untuk mesin / peralatan
- Sehingga 100% untuk modal kerja
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 10 tahun
Cagaran
- Jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan/atau Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC)
- Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat.
- Tiada cagaran lain akan dikenakan untuk fasiliti ini.
Takaful
- Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Fi & Caj
Lembaran Pendedahan Produk
SME Technology Transformation Fund (STTF)
Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.
Jaguh Serantau
Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.