SME Technology Transformation Fund (STTF)
Menyediakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk penggunaan digital dan / atau automasi di dalam operasi perniagaan bagi mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kecekapan proses serta pengurusan kos dan meningkatkan penembusan pasaran.
Tujuan
Tujuan pembiayaan adalah untuk pembelian seperti berikut:
- Peralatan dan / atau mesin;
- Perkakasan dan perisian komputer;
- Penyelesaian dan perkhidmatan teknologi maklumat;
- Perkhidmatan sokongan teknologi; dan
- Lain-lain aset tidak ketara untuk tujuan meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Kelayakan
Semua PMKS seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan yang memenuhi kriteria berikut:
- Berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional;
- Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%;
- Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia;
- Perniagaan patuh syariah.
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun;
- Kedudukan kewangan yang solven; dan
- Tiada tindakan undang-undang terhadap Syarikat atau mana-mana pengarah / pemegang saham / rakan kongs i/ pemilik / penjamin di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia.
Kemudahan Pembiayaan
- Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
- Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
Had Pembiayaan
- Bermula dari RM100,000 sehingga RM3.0 juta.
Kadar Pembiayaan
Dana | Kadar Keuntungan |
---|---|
Dana Kemudahan Automasi Dan Digital PKS oleh Bank Negara Malaysia (BNM ADF) | 4.00% setahun ; termasuk fi jaminan |
Dana Pasaran SME Bank | 6.00% p.a. (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.00% setahun). |
Margin Pembiayaan
- Sehingga 80% daripada kos pemilikan.
Tempoh Pembiayaan
- Sehingga 10 tahun.
Cagaran
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi semasa SME Bank.
Takaful
- Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Sektor Pembiayaan
PMKS untuk semua sektor ekonomi
Fi & Caj
Maklumat Lembaran Produk
Jaguh Serantau

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.