+603 2603 7700
EN BM
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial banner
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial banner

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial (Social Enterprise Financing Scheme, SEFS) ialah bantuan kewangan khusus kepada Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring Social Enterprise), Perusahaan Sosial Asas (Basic Social Enterprise) dan Perusahaan Sosial Diakreditasi (Accredited Social Enterprise) yang diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.


Tujuan

  • Pemerolehan mesin / peralatan
  • Keperluan Modal Kerja termasuk pembiayaan yuran jaminan, dokumentasi dan yuran duti setem serta sumbangan Takaful (jika berkenaan) dan 3 bulan Akaun Rizab Perkhidmatan Pembiayaan (FSRA).

Kelayakan

  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Koperasi.
  • Berdaftar dengan KUSKOP sebagai Tunas Perusahaan Sosial, Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi dengan bukti berdokumen semasa permohonan pembiayaan. 
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

Kemudahan Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i) 
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)

Had Pembiayaan

  • Minimum : RM100,000.00
  • Maksimum : RM500,000.00

Nota: 
Perkara di atas terpakai untuk PMKS dengan pemegang saham bersama yang memiliki pegangan saham sama atau melebihi 20%.
 

Kadar Keuntungan

Perusahaan Mikro dan Kecil Perusahaan Sederhana
3.0% kadar tetap setahun
(baki berkurangan)
4.0% kadar tetap setahun
(baki berkurangan)

Margin Pembiayaan

  • Mesin / Peralatan
Segmen      Margin Pembiayaan
Perusahaan Mikro
dan Kecil
  • Baru: Sehingga 90%
  • Terpakai/Diperbaharui/Penyesuaian Semula: Sehingga 80%
Perusahaan Sederhana
  • Baru: Sehingga 80%
  • Terpakai/Diperbaharui/Penyesuaian Semula: Sehingga 70%

 

  • Modal Kerja :  Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

  • Mesin / Peralatan : 
    • Baru : Sehingga 7 tahun
    • Terpakai / Diperbaharui/ Dibaik pulih : Sehingga 5 tahun
  • Modal Kerja :  Sehingga 5 tahun

Cagaran

Tujuan Pembiayaan       Penerangan
Mesin / Peralatan
  • Debentur spesifik ke atas aset yang dibiayai
    (jika berkenaan).
  • 3 bulan FSRA (komitmen pelanggan)
Modal Kerja
  • 3 bulan FSRA akan ditolak dari jumlah pembiayaan
    yang diluluskan sebelum kemudahan pembiayaan digunakan.

Takaful

Perlindungan takaful / insurans adalah wajib ke atas aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (sekiranya ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang ditawar oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Lembaran Pendedahan Produk

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

SME Bank kini menerima permohonan pembiayaan dalam talian MOHON SEKARANG

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

Jaguh Serantau

Jaguh Serantau- Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.

Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF)

Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) - Thumbnail

Sebuah kemudahan pembiayaan bagi menggalakkan dan menyokong PKS untuk menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.

SME Technology Transformation Fund (STTF)

SME Technology Transformation Fund (STTF) - Thumbnails

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.