Jaguh Serantau
Jaguh Serantau adalah sebuah program pembiayaan yang menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau dengan menawarkan semua jenis pembiayaan seperti yang ditentukan oleh SME Bank dengan subsidi kadar keuntungan 1.00% setahun oleh Kerajaan.
Tujuan
- Pemerolehan aset
- Modal Kerja
Kelayakan
- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti yang didefinisikan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) termasuk Perusahaan Besar dengan jumlah pegangan ekuiti sebanyak 51% atau lebih oleh Bumiputera.
- Perniagaan patuh Syariah.
- Produk atau servis yang ditawarkan telah berada di pasaran serantau atau bersedia untuk dieksport ke pasaran serantau.
- Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
- Sekurang – kurangnya 5% pertumbuhan pendapatan tahunan dan mencatatkan keuntungan pada dua (2) tahun terkini untuk operasi (kecuali untuk tahun kewangan berakhir 2020 dan 2021, di mana terjejas akibat pandemic COVID-19 / Perintah Kawalan Pergerakan).
Kemudahan Pembiayaan
- Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
- Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
Had Pembiayaan
- Minimum : RM100,000.00
- Maksimum : RM10.0 juta
Kadar Keuntungan
- Daripada KPA + 0.00% setahun hingga KPA + 2.50% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan 1.00% setahun)
Margin Pembiayaan
Margin Pembiayaan tertakluk kepada polisi semasa SME Bank seperti berikut:
- Loji / Mesin / Peralatan :
- Baharu : Sehingga 80%
- Terpakai / Diperbaharui/ Dibaik pulih : Sehingga 70%
- Dandang (Boiler) / Kren
- Baharu : Sehingga 80%
- Terpakai / Diperbaharui/ Dibaik pulih : Sehingga 70%
- Kenderaan
- Baharu : Sehingga 90%
- Terpakai / Diperbaharui/ Dibaik pulih : Sehingga 70%
- Pengubahsuaian
- Premis milik sendiri: Sehingga 70%
- Premis yang disewa: Sehingga 50%
- Tanah : Sehingga 80%
- Bangunan : Sehingga 90%
- Modal Kerja Berjangka : Sehingga 100%
Tempoh Pembiayaan
Tempoh Pembiayaan adalah tertakluk kepada polisi semasa SME Bank seperti berikut:
- Mesin / Peralatan / Kenderaan :
- Baharu : Sehingga 7 tahun
- Terpakai / Diperbaharui/ Dibaik pulih : Sehingga 5 tahun
- Pengubahsuaian
- Premis milik sendiri : Sehingga 7 tahun
- Premis sewa : Sehingga 5 tahun
- Loji / Dandang (Boiler) / Kren : Sehingga 10 tahun
- Tanah / Bangunan : Sehingga 20 tahun
- Modal Kerja Berjangka: Sehingga 5 tahun
Cagaran
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
Takaful
- Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Fi & Caj
Maklumat Lembaran Produk
Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG)

Membantu PKS berteknologi tinggi dan berorientasikan inovasi yang terjejas untuk pulih dan menggiatkan semula kapasiti inovasi negara.
Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.
SME Technology Transformation Fund (STTF)

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.