+603 2603 7700
EN BM
HalalBiz bm
HalalBiz bm

HalalBiz

HalalBiz adalah sebuah program pembiayaan untuk menggalakkan penyertaan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam ekosistem industri Halal di Malaysia.


Tujuan

  • Pembelian aset – Mesin / peralatan.
  • Kos pengubahsuaian kilang; dan / atau
  • Keperluan modal Kerja termasuk perbelanjaan kos sijil Halal, fi jaminan dan sumbangan Takaful untuk tahun pertama (jika berkenaan, dihadkan pada RM10,000).

Kelayakan

  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp, termasuk Koperasi.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
  • Perniagaan patuh Syariah dengan pensijilan Halal daripada JAKIM atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi syarikat yang tidak mempunyai pensijilan Halal, pelanggan mesti mendapatkan Pensijilan Halal daripada JAKIM atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diiktiraf oleh JAKIM dalam tempoh 24 bulan dari tarikh pengeluaran pembiayaan pertama, yang mana permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan pertama.
  • Minimum 2 tahun beroperasi, termasuk permulaan perniagaan oleh pemilik terdahulu atau penukaran / penaiktarafan syarikat dari Pemilikan Tunggal atau Perkongsian.
  • Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%.
  • Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Kemudahan Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)

Had Pembiayaan

  • Minimum: RM100,000.00
  • Maximum: RM1.0 juta

Kadar Keuntungan

Dana Kadar Keuntungan
Dana Bank Negara Malaysia (BNM)
Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF) Sehingga 4.00% setahun
Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) Mengikut Penilaian Profil Risiko PKS oleh BNM; sehingga 6.00% setahun
Kemudahan Agro Makanan (AF) Sehingga 3.75% setahun


Nota:

  1. Kadar keuntungan adalah termasuk sebarang fi jaminan.
  2. Kadar keuntungan tertakluk kepada perubahan oleh BNM dari semasa ke semasa.
Dana Pasaran SME Bank 6.00% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.00% setahun.)

Margin Pembiayaan

Tujuan Margin
Mesin / Peralatan (termasuk kos pemasangan)
  • Sehingga 80% (baharu)
  • Sehingga 70% (Terpakai/ Diperbaharu/ Penyesuaian Semula)
Pengubahsuaian Kilang
  • Sehingga 90%
Keperluan Modal Kerja
  • Sehingga 100%

Tempoh Pembiayaan

  • Pembelian aset: 7 tahun
  • Modal kerja: 5 tahun

Nota: Untuk HalalBiz menggunakan BNM-AES, Tempoh Pembiayaan maksimum dihadkan pada 5 tahun.

Cagaran

Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.

 

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang dibiayai dijadikan cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
  • Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).

     

Maklumat Lembaran Produk

HalalBiz 

SME Bank kini menerima permohonan pembiayaan dalam talian MOHON SEKARANG

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

SME Technology Transformation Fund (STTF)

SME Technology Transformation Fund (STTF) - Thumbnails

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.

Jaguh Serantau

Jaguh Serantau- Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial- Thumbnail

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.