+603 2603 7700
EN BM
Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Banner-Desktop
Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Banner-Mobile

Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)

Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) adalah bertujuan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan, bagi mengekalkan keupayaan mereka dan membuat penyesuaian serta terus berdaya maju selepas COVID-19.


Tujuan

  • Modal kerja dan/atau
  • Perbelanjaan modal CAPEX; dan/atau
  • Sehingga 50% Pembiayaan semula 

Nota:

  • 50% daripada pembiayaan yang diluluskan boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan perniagaan yang sedia ada (pembiayaan perniagaan sedia ada tidak termasuk pembiayaan diperoleh dari Tabung BNM untuk PKS).

Kelayakan

  • PKS Malaysia dalam sektor pelancongan teras dan sektor berkaitan pelancongan yang sama ada:
    • PKS menurut takrifan SME Corp Malaysia; atau
    • PKS yang dilesenkan oleh / berdaftar dengan MOTAC.
  • Sektor yang layak:
    • Pelancongan teras:
      • Premis penginapan pelancongan (cth. hotel bajet, inap desa berdaftar, chalet dan rumah peranginan);
      • Agensi pelancongan dan operator pelancongan; dan
      • Pengangkutan untuk pelancong (cth. operator bas, bot dan kereta sewa).
    • Sektor berkaitan pelancongan:
      • Pelancongan perubatan
      • Ekosistem Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions (MICE);
      • Perniagaan perkhidmatan kewangan – untuk pengendali pertukaran wang yang berurusan terutamanya dengan pelancong ke dalam dan ke luar negeri; dan
      • Perniagaan runcit, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh membuktikan pergantungan mereka yang besar terhadap pelancong.
  • Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) dan / atau Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) tidak layak untuk memohon PTF.

Fasiliti Pembiayaan

  • Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
  • Kredit Pusingan-i (RC-i)
  • Aliran Tunai-i (CL-i)
  • Pembiayaan Ijarah Thummal Bai' (ITB).

Had Pembiayaan

  • Sehingga RM75,000 setiap perusahaan mikro
  • Sehingga RM500,000 setiap PKS

Nota

  • Had pembiayaan kolektif bagi PKS dengan pemegang saham bersama atau lebih daripada 20% pegangan.

Kadar Pembiayaan

  • Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan).

Margin Pembiayaan

  • Mesin / Peralatan: Sehingga 80%.
  • Modal Kerja: Sehingga 100%.

Tempoh Pembiayaan

  • Sehingga 7 tahun termasuk 6 bulan moratorium.

Cagaran

  • Sehingga 80% jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
  • Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat.
  • Tiada cagaran lain akan dikenakan untuk fasiliti ini.

Takaful

  • Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan atas talian

  • Penyata kewangan lepas (Akaun Pengurusan Terkini); ATAU penyata Bank 6 bulan terkini
  • Salinan Kad Pengenalan (Pelanggan dan/atau rakan kongsi)
  • Dokumen pendaftaran perniagaan
  • Lesen perdagangan (untuk perniagaan beroperasi di Sabah & Sarawak)
  • Surat Mandat Perkongsian

Lembaran Pendedahan Produk

SME Bank kini menerima permohonan pembiayaan dalam talian MOHON SEKARANG

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2603 7700 atau emel kepada

SME Technology Transformation Fund (STTF)

SME Technology Transformation Fund (STTF) - Thumbnails

Kembangkan perniagaan anda melalui adaptasi teknologi & digital dan automasi dengan STTF.

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial

Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial- Thumbnail

Bantuan kewangan khusus kepada Perusahaan Sosial Asas dan Perusahaan Sosial Diakreditasi bagi membiayai pemerolehan aset dan/atau keperluan modal kerja.

Jaguh Serantau

Jaguh Serantau- Thumbnail

Sebuah program pembiayaan yang menyokong PKS Bumiputera yang mempunyai potensi untuk menjadi jaguh serantau.